jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang multimedia kreatif. Kursus yang ditawarkan diletakan dalam kumpulan modul Creative Foundation, Creative Essentials dan Creative Technology. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk menceburi kerjaya dalam pelbagai industri Multimedia Kreatif. Disamping kemahiran dan pengetahuan dalam visual dan kreativiti, program ini juga menggunakan aplikasi perisian multimedia terkini yang paling relevan dan digunakan secara meluas dalam industri pengeluaran kreatif. Ini memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dan boleh memasuki mana-mana syarikat dalam bidang kepakaran yang dipilih.

Di samping kursus teknikal, pelajar juga dibekalkan dengan kursus umum seperti Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Ko-Kurikulum, Pengurusan Acara dan Keusahawanan untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam softskill. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada pembelajaran sendiri dan kemahiran kecekapan tangan (hand-on), graduan program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia kreatif digital. Program ini mengambil masa pelaksanaan selama lima (5) semester; empat semester akademik dan pada semester akhir iaitu semester lima pelajar akan melaksanakan WBL di syarikat-syarikat yang berkaitan. Pada semester akhir, pelajar dikehendaki melengkapkan projek akhir yang juga akan mengukur pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian mereka. Para pelajar dikehendaki membentangkan Projek Akhir secara professional (pitching and showreel)kepada industri pada akhir program.

Prospek Kerjaya


Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran bersepadu yang diperlukan dalam industri kreatif digital. Pelajar perlu mempunyai bakat, aspirasi dan kebolehan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri kreatif digital. Antara kerjaya yang berpotensi untuk diceburi adalah:-
• Animator
• Penolong Penerbit
• Penolong Pengarah
• Penolong Pengurus Penerbit / Eksekutif
• Penulis Skrip
• Penolong Pengarah Fotografi
• Pembantu Scenographer / Pereka Produksi
• Editor Visual dan Audio
• Pembantu Visual Menchandiser
• Penolong Pengarah Seni / Kreatif
• Animator 2D / 3D
• Pereka Karakter
• Artis Kesan Khas
• Rendering Artist
• Pereka Latar Belakang Digital
• Pereka Grafik
• Pereka Permainan Video
• Penolong Pengarah Video
• Roto Artist
• Concept Artist

Maklumat Lanjut dan Syarat Kemasukan

Diploma Kejuruteraan Mekanikal direka bentuk meliputi disiplin bidang kejuruteraan mekanikal semasa dan releven beserta dengan subjek pengkhususan tambahan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Kurikulum program yang dibangunkan adalah bagi menghasilkan graduan yang holistik. Penekanan yang seimbang diberikan terhadap aspek teori dan praktikal. Kaedah pembelajaran yang terkini termasuk pembelajaran teradun turut dijalankan. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Engineering Mechanics, Electrical Technology, Engineering Drawing, Mechanical Workshop Practice, Workshop Technology, Computer Aided Design, Thermodynamics, Fluid Mechanics, Strength Of Materials, Pneumatic & Hydraulics, Project, Maintenance Engineering & Management, Material Science, Mechanic Of Machines, Engineering Design and Mechanical Components &Maintenance. Kursus-kursus elektif adalah Computer Aided Design 2, Control System, Instrumentation & Control, Engineering Plant Technology, Quality Control, C programming, Programmable Logic Control, Industrial Management, Diagnose & Troubleshooting for Mechanical Component, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia and Computer Application. Kursus teras umum pula meliputi Engineering Mathematics, Engineering Science, Occupational Safety & Health dan Entrepreneurship. Kursus wajib yang ditawarkan termasuk Pengajian Malaysia, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam dan Ko-Kurikulum akan menyediakan pelajar dengan kemahiran interpersonal, sikap dan profesionalisme kearah kemajuan kerjaya mereka.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Kejuruteraan Mekanikal


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kejuruteraan mekanikal. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Penolong Jurutera
  • Penolong Teknikal
  • Penolong Pengurus penyelenggaraan
  • Penyelia
  • Junior Engineer
  • Pengajar Teknikal atau Pensyarah
  • Eksekutif Jualan Teknikal
  • Juruteknik
  • Eksekutif Kualiti
  • Project coordinator

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM(Politeknik Premier)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:

  • Additional Mathematics
  • Additional Science
  • Aplikasi Elektrik & Elektronik
  • Automotif Elektrik & Diesel
  • Automotif Kenderaan
  • Bahan Binaan
  • Biology
  • Chemistry
  • Fundamental of Programming
  • Grafik Berkomputer
  • Information & Communication Technology
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pemesinan Berkomputer
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyamanan Udara
  • Penyejukan
  • Physics
  • Prinsip Elektrik & Elektronik
  • Programming and Development Tools
  • Reka Cipta
  • Sains Pertanian
  • Science
  • Teknologi Binaan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat

d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      6. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.


Stuktur Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal

KURSUS SEMESTER 1

BIL KATERGORI KURSUS NAMA KURSUS
1 Wajib Communicative English 1
2 Teras Biasa Sukan/Unit Beruniform 1
3 Teras Biasa Occupational, Safety and Health for Engineering
4 Teras Biasa Engineering Science
5 Teras Biasa Engineering Mathematics 1
6 Teras Disiplin Engineering Drawing
7 Teras Disiplin Mechanical Workshop Practice 1
8 Teras Disiplin Workshop Technology

 

KURSUS SEMESTER 2

BIL KATERGORI KURSUS NAMA KURSUS
1 Wajib Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam / Nilai Masyarakat Malaysia
2 Wajib Kelab/Persatuan / Unit Beruniform 2
3 Biasa Engineering Mathematics 2
4 Disiplin Mechanical Workshop Practice 2
5 Disiplin Electrical Technology
6 Disiplin Thermodynamics
7 Disiplin Fluid Mechanics

 

KURSUS SEMESTER 3

BIL KATERGORI KURSUS NAMA KURSUS
1 Wajib Communicative English 2
2 Biasa Engineering Mathematics 3
3 Disiplin Mechanical Workshop Practice 3
4 Disiplin Engineering Mechanics
5 Disiplin Strength of Materials
6 Disiplin Computer Aided Design
7 Disiplin Material Science and Engineering

 

KURSUS SEMESTER 4

BIL KATERGORI KURSUS NAMA KURSUS
1 Biasa Engineering and Society
2 Disiplin Mechanical Workshop Practice 4
3 Disiplin Pneumatic and Hydraulics
4 Disiplin Mechanics of Machines
5 Disiplin Engineering Design
6 Disiplin Project 1
7 Elektif Industrial Management

 

KURSUS SEMESTER 5

BIL KATERGORI KURSUS NAMA KURSUS
1 Wajib Communicative English 3
2 Wajib Entrepreneurship
3 Wajib Penghayatan Etika dan Peradaban
4 Disiplin Project 2
5 Disiplin Troubleshooting and Maintenance for Mechanical Components
6 Disiplin Maintenance Engineering and Management

 

KURSUS SEMESTER 6

BIL KATERGORI KURSUS NAMA KURSUS
1

Latihan Industri

Engineering Industrial Training

 

Maklumat Lanjut : Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik

Kementerian Pendidikan Tinggi menawarkan Diploma Kejuruteraan Mekatronik untuk menampung keperluan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dengan kursus pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Kursus Teras yang ditawarkan adalah seperti Lukisan Kejuruteraan, Amalan Kejuruteraan Bengkel Mekatronik, Pengaturcaraan C, Teknologi Elektrik, Lukisan Terbantu Komputer [CAD], Sistem Elektronik, Haba Bendalir, Elektronik Industri, Pengawal Logik Boleh Pengaturcaraan[PLC], Kaji Daya Bahan, Sistem Digit, Sistem Pneumatik & Hidraulik, Sistem Kawalan, Elektronik Kuasa, Projek, Automasi Industri, Mekanisma penghantar kuasa, dan Aplikasi Sistem Terbenam. Graduan juga disyaratkan untuk melengkapkan 1 Kursus Elektif pada semester 4 dan 5 dengan minimum 4 kredit.  Kursus Elektif ini termasuk Mikropemproses, Lukisan Terbantu Komputer/ Pembuatan Terbantu Komputer[CADCAM], Robot Perindustrian, Pengurusan Industri, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia, dan Aplikasi Komputer.

Kursus Teras Biasa pula termasuk subjek Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Kejuruteraan Matematik, Sains Kejuruteraan, dan Keusahawanan. Kursus Wajib pula adalah Pengajian Malaysia, English Komunikasi, Asas Unit Beruniform, Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sukan, Kelab/Persatuan, dan; Komunikasi dan Penyiaran Islam yang mana akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Kejuruteraan Mekatronik


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Bidang Kejuruteraan Mekatronik yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam Kejuruteraan Mekatronik. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:-

  • Pembantu Juruteknik
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Juruteknik Ujian & Kebolehpercayaan
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Jualan
  • Jurutera Permohonan
  • Penyelia Sistem Kawalan
  • Automasi dan Penyelia Robotik
  • Pereka Sistem Mekanikal Elektrik

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM(Politeknik Premier)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:

  • Additional Mathematics
  • Additional Science
  • Aplikasi Elektrik & Elektronik
  • Automotif Elektrik & Diesel
  • Automotif Kenderaan
  • Bahan Binaan
  • Biology
  • Chemistry
  • Fundamental of Programming
  • Grafik Berkomputer
  • Information & Communication Technology
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pemesinan Berkomputer
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyamanan Udara
  • Penyejukan
  • Physics
  • Prinsip Elektrik & Elektronik
  • Programming and Development Tools
  • Reka Cipta
  • Sains Pertanian
  • Science
  • Teknologi Binaan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat

d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      6. Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik

 

Program ini akan menyediakan pelajar dengan pelbagai teknik dalam proses pembuatan dan penggunaan mesin termaju di dalam bidang pembuatan. Program ini juga menyediakan asas yang kukuh di dalam bidang kejuruteraan dan kepakaran dalam pembuatan. Modul pengkhususan ialah Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Pembuatan Bahan, Rekabentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Kawalan Kualiti, Automasi Industri dan Robotik, Pembuatan dan Kawalan  Ekonomi Pembuatan serta tambahan modul-modul teras dan elektif. Lulusan  boleh menyertai peluang pekerjaan di dalam pelbagai bidang mekanikal dan industri pembuatan.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)


Prospek Kerjaya

Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan yang dapat diaplikasikan secara meluas dalam kerjaya kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan sebagai:

  • Penyelia
  • Pakar Teknikal
  • Pembantu Teknikal
  • Juruteknik Kualiti
  • Pengaturcara CNC
  • Perancang Proses/Pengeluaran
  • Juruteknik Pembelian
  • Perekabentuk Produk
  • Pelukis Produk
  • Juruteknik CADD
  • Juruteknik Proses
  • Pengendali Mesin

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM(Politeknik Premier)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:

  • Additional Mathematics
  • Additional Science
  • Aplikasi Elektrik & Elektronik
  • Automotif Elektrik & Diesel
  • Automotif Kenderaan
  • Bahan Binaan
  • Biology
  • Chemistry
  • Fundamental of Programming
  • Grafik Berkomputer
  • Information & Communication Technology
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pemesinan Berkomputer
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyamanan Udara
  • Penyejukan
  • Physics
  • Prinsip Elektrik & Elektronik
  • Programming and Development Tools
  • Reka Cipta
  • Sains Pertanian
  • Science
  • Teknologi Binaan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat

d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      6. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik