Program – program yang ditawarkan dibawah jabatan ini adalah berteraskan kepada kreativiti dan penciptaan yang baru atau penciptaan yang lama di olah menjadi baru berteraskan kepada inovasi dan teknologi terkini dengan bimbingan para pensyarah yang berpengalaman dan berdedikasi. Terdapat 1 program Ijazah, 4 program Diploma, dan 2 program Sijil Khas Kemahiran Politeknik (Pengambilan Pelajar Khas iaitu pelajar – pelajar pekak dan bisu). Program – program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Sarjana Muda Reka Bentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu dengan Kepujian
- Diploma Rekabentuk Grafik
- Diploma Rekabentuk Industri
- Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian
- Diploma Teknologi Kreatif Digital
- Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Rekabentuk Grafik)
- Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Rekabentuk Fesyen dan Pakaian)
Pada 25 Februari 2010, Politeknik Ibrahim Sultan telah diberi watikah untuk dinaik taraf sebagai Politeknik Premier. Selaras dengan penerimaan watikah tersebut, beberapa dimensi baru telah diperkenalkan antaranya pemerkasaan peranan industri dalam pendidikan dan latihan politeknik terutamanya dalam pewujudan Pusat Teknologi (COT – Centre of Technology) di Politeknik Ibrahim Sultan.Melalui bidang – bidang rekabentuk kreatif, JRKV telah dikenal pasti dan di pilih untuk menjadi Bidang Tujahan Utama (niche area) di Politeknik Ibrahim Sultan.
VISI
Untuk menghasilkan pekerja teknikal yang kreatif, inovatif, berwibawa dan berkebolehan untuk mengaplikasi, meneroka dan menerajui di dalam bidang teknologi.
MISI
Untuk menjadi sebuah jabatan yang dikenali dalam bidang Rekabentuk dan Komunikasi Visual
TUJUAN
Tujuan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual ditubuhkan adalah untuk:
- Menghasilkan graduan yang kreatif, inovatif dan berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang rekabentuk.
- Graduan berkebolehan untuk menerima perubahan dalam pembangunan sosial,alam sekitar dan juga teknologi.
- Membangunkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam bidang rekabentuk melalui teknik lukisan,rekabentuk dan susun aturrekaan.
- Melengkapkan graduan dengan kemahiran kepimpinan,keusahawanan dan komunikasi berkesan sebagai persediaan untuk ke pasaran global dalam bidang industri dan perniagaan.