logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Jawatankuasa e-Learning PIS

Jawatankuasa e Learning PIS berfungsi untuk mengurus, merancang dan mentadbir urusan berkaitan e learning serta menyediakan kemudahan capaian kepada pensyarah dalam melaksanakan PdP secara blended learning bagi memperkasakan agenda e-Pembelajaran Negara (DEPAN)

CIDOS atau lebih dikenali sebagai Curriculum Information Documentation Online System merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti sebagai medium interaksi antara pensyarah dan pelajar. Ia menyediakan platform untuk menyimpan, memapar dan menyedia maklumat PdP yang boleh dikongsi dengan tepat secara berpusat. Ia juga merupakan salah satu alternatif untuk menjalankan aktiviti P&P secara online untuk mendapatkan nota-nota kuliah, soalan tugasan, contoh-contoh soalan peperiksaan, forum dan sebagainya berbanding kaedah konvensional. Hal ini demikian secara tidak langsung, menerapkan budaya pembelajaran kendiri menerusi kaedah E-Learning

Mod Blended atau pembelajaran teradun yang di gunakan adalah merujuk kepada kursus yang mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod online dan mod pembelajaran bersemuka dengan 30% - 80% kandungan dan aktiviti kursus dikendalikan secara online sama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran bersemuka (CAP eLearning 2014, KPM). Konsep Pembelajaran Teradun yang ingin diamalkan di semua PoliteknikPoliteknik Malaysia akan memberi fokus kepada pedagogi abad ke-21 yang mengabungkan pembelajaran tradisional (bersemuka) dan pembelajaran secara atas talian.

Jabatan Pengajian Politeknik berdasarkan keputusan CAP e Pembelajaran KPM (2014) telah menetapkan bahawa 50% dari kursus yang anjurkan oleh IPTA mestilah berlaku secara atas talian menggunakapakai pendekatan Pembelajaran Teradun. Pelaksanaan ini akan bermula dari 2014.

 

jawatankuasa e learning2021