logo4lmn rasmiiso1

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan

Unit  Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK) diwujudkan bertujuan untuk memperkasa budaya penyelidikan dalam kalangan  pensyarah/staf dan pelajar Politeknik. Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK) , Politeknik Ibrahim Sultan memainkan peranan penting sebagai pusat  bagi penyelarasan semua aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga Politeknik Ibrahim Sultan. Selain dari itu, aktiviti pembentangan kertas kerja serta  pameran bahan penyelidikan dan produk inovasi  yang diusahakan oleh pensyarah, staf dan pelajar  turut diberi penekanan.