jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Latar Belakang PIS

slide01

Politeknik Ibrahim Sultan (dahulunya dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru) membuka pintunya kepada pelajar pada Feb 1998 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru sebelum berpindah ke kampus tetapnya pada bulan Jun 1998. Perancangan awal penubuhan Politeknik Ibrahim Sultan bermula pada tahun 1991 dengan usaha untuk mengenalpasti tapak yang sesuai di sekitar kawasan Johor Bahru. Tapak ladang sawit seluas 100 ekar di Lot 1957, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru akhirnya telah dipilih memandangkan keadaan tanah yang sesuai dan lokasinya yang berhampiran dengan kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Politeknik Johor Bahru telah bertukar nama kepada Politeknik Ibrahim Sultan sempena nama DYMM Sultan Johor pada 15 Dis. 2011. Politeknik Ibrahim Sultan ditunjangi oleh 6 jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am. Politeknik ini menawarkan 2 kursus Sarjana Muda dan 14 kursus diploma dan 3 Sijil Kemahiran Khas iaitu:

 

JABATAN PROGRAM
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  1. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
  2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  4. Diploma Kejuruteran Mekanikal (Bahan)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  1. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
  2. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  3. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

 Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual

  1. Sarjana Muda Reka Bentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu dengan Kepujian
  2. Diploma Rekabentuk Grafik
  3. Diploma Rekabentuk Fesyen & Pakaian
  4. Diploma Rekabentuk Industri
  5. Sijil Kemahiran Khas Rekabentuk Fesyen dan Pakaian
  6. Sijil Kemahiran Khas Rekabentuk Grafik
  7. Diploma Animasi Kreatif
 Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
  1. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.
  2. Diploma Pengurusan Hotel
  3. Diploma Pengurusan Pelancongan
  4. Diploma Pengurusan Acara
  5. Sijil Kemahiran Khas Hotel dan Katering

  

Politeknik Ibrahim Sultan sehingga majlis konvokesyen ke 23 pada Mac 2018 telah melahirkan seramai 29,407 orang graduan bagi memenuhi pasaran modal insan negara. Melalui penawaran program berimpak tinggi, relevan dan responsif, Politeknik Ibrahim Sultan mampu menghasilkan graduan yang mempunyai employability skill, daya keusahawanan dan kebolehpasaran yang tinggi seterusnya menjadikan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai pilihan utama dan melonjak imej politeknik ke tahap lebih tinggi.

Status Politeknik Premier yang telah diterima pada 25 Februari 2010 menjadi cabaran utama dalam memartabatkan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai institusi pilihan seterusnya menjadi peneraju pendidikan dalam latihan teknikal dan vokasional (TVET) serantau. Mulai tahun 2012, pihak kementerian telah selaraskan kemasukan pelajar ke tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (Perak), Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pengajian Tinggi.

Di samping itu, Politeknik Ibrahim Sultan menjalankan tanggungjawab sosial dengan menawarkan pengajian peringkat sijil kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendapat latihan yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Ini disokong persekitaran pembelajaran yang kondusif lengkap dengan bengkel berteknologi tinggi, makmal komputer, Pusat Sumber dan kemudahan internet tanpa wayar menjadikan iklim pembelajaran lebih transformatif, kreatif dan inovatif. Selain daripada itu, pensyarah yang berkaliber dan komited menjadi aset penting dalam membentuk pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

Bidang tujahan atau niche area di Politeknik ini ialah seni reka kreatif dan reka bentuk industri. Program ini disokong dengan pembinaan Centre of Technology atau COT. Pusat ini dikenali sebagai Creative Design Centre (CDEC). Antara fungsi pusat ini ialah sebagai nadi kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan bidang tujahan ini disamping bidang teknologi dan kejuruteraan. Selain itu, pusat ini juga bertindak sebagai pusat pemberi khidmat kepakaran serta peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di Politeknik Ibrahim Sultan, sila laman sesawang Politeknik Ibrahim Sultan di www.pis.edu.my