jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) adalah salah sebuah jabatan yang bernaung di bawah Politeknik Ibrahim Sultan. Didokong oleh seorang Ketua Jabatan, jabatan ini beroperasi dengan sokongan 61 orang pensyarah terlatih dan berpengalaman luas serta memiliki kepakaran di dalam bidang masing-masing dan dibantu oleh 3 orang staf sokongan. Di sinilah para pelajar yang mengikuti program di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal ditempatkan untuk menimba ilmu dan kemahiran.


Visi Jabatan

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan,berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi Jabatan

Melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan berdaya saing bagi menampung keperluan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta di Malaysia.

Objektif Jabatan

1. Menyediakan program pendidikan dan latihan yang komprehensif untuk melahirkan lulusan yang berilmu dan berkemahiran luas dalam bidang yang diceburi serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi. 
2. Memupuk dan mengekalkan perhubungan rapat dengan industri melalui perundingan, lawatan serta program kerjasama. 
3. Menyediakan program dan aktiviti yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan dan potensi pelajar.

Hubungi Kami:

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM 10, Jalan Kong Kong,
81700 pasir Gudang,Johor.

Tel : 07 261 2701 ( Ketua Jabatan)
07- 2612018 / 2713 ( pejabat )

Facebook Rasmi Jabatan