logo4lmn rasmiiso1

Diploma Rekabentuk Fesyen & Pakaian

Program ini direka untuk meliputi semua bidang utama dalam pengeluaran fesyen, termasuk rekabentuk, ilustrasi, lakaran pola, pembuatan pakaian dan keusahawanan. Kursus rekabentuk dijalankan di studio dan kursus pembuatan pakaian dijalankan dalam bengkel.Program ini member tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin, penggunaan teknik, pemilihan bahan-bahan, warna dan tekstur.Selain itu, penyelidikan, pemerhatian dan eksperimen amat diutamakan untuk menghasilkan produk. Melalui projek akhir, pelajar akan dinilai berdasarkan bakat dan kebolehan yang dimiliki serta kemahiran yang mereka pelajari sepanjang program. Mereka juga digalakkan untuk mencambahkan idea-idea kreatif bagi mencipta gaya tersendiri dalam rekaan melalui penyampaian koleksi akhir mereka.

Program ini mengambil masa enam semester untuk diselesaikan ; lima semester akademik dan Latihan Industripada semester akhir di syarikat-syarikat yang bersesuaian. Pada semester lima, pelajar-pelajar dikehendaki melengkapkan projek akhir yang juga akan mengukur pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian mereka. Koleksi akhir pelajar akan dipamerkan secara professional melalui pertunjukan fesyen atau pameran pada akhir program .Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program ini ialah Art History, Fundamentals of Drawing, Fundamentals of Art & Design, Introduction to Pattern & Garment Construction, Fundamental of Fashion Design, Pattern Drafting & Garment Construction, Fashion Illustration, History of Clothing, Textile Studies, Fashion Design, Pattern Development & Garment Construction, Garment Production Organization, Digital Fashion Design, Textile Design, Fashion Design & Portfolio, Advance Pattern Development &Garment Construction, Embroidery and Visual Merchandising.

Program ini juga menyediakan pelajar dengan nilai ditambah dan kemahiran boleh pindah yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping itu, para pelajar juga belajar Communicative English for, Seni Dalam Islam, Pengajian Malaysia, Occupational Safety and Health (OSHA), Co-Curriculum, Entrepreneurship dan Event Management.

Tempoh Pengajian : 6 Semester


Prospek Kerjaya

Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri fesyen. Pelajar perlu mempunyai bakat, aspirasi dan kebolehan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industry fesyen.

  • Fashion Design & Production Fashion Designer
  • Costume Designer
  • Design Room Assistant
  • Production Supervisor
  • Pattern Maker
  • Sample Maker
  • Entrepreneur
  • Assistant Visual Merchandiser
  • Fashion Illustrator
  • Assistant Event Coordinator
  • Wardrobe Assistant
  • Embroiderer

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Lulus Mathematics
  6. Lulus Pendidikan Seni Visual ATAU Pendidikan Seni ATAU Lukisan Kejuruteraan
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

               a. Bahasa Melayu
               b. EMPAT (4) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      8. Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Rekabentuk Fesyen & Pakaian
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik