jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Program ini akan menyediakan pelajar dengan pelbagai teknik dalam proses pembuatan dan penggunaan mesin termaju di dalam bidang pembuatan. Program ini juga menyediakan asas yang kukuh di dalam bidang kejuruteraan dan kepakaran dalam pembuatan. Modul pengkhususan ialah Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Pembuatan Bahan, Rekabentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Kawalan Kualiti, Automasi Industri dan Robotik, Pembuatan dan Kawalan  Ekonomi Pembuatan serta tambahan modul-modul teras dan elektif. Lulusan  boleh menyertai peluang pekerjaan di dalam pelbagai bidang mekanikal dan industri pembuatan.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)


Prospek Kerjaya

Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan yang dapat diaplikasikan secara meluas dalam kerjaya kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan sebagai:

  • Penyelia
  • Pakar Teknikal
  • Pembantu Teknikal
  • Juruteknik Kualiti
  • Pengaturcara CNC
  • Perancang Proses/Pengeluaran
  • Juruteknik Pembelian
  • Perekabentuk Produk
  • Pelukis Produk
  • Juruteknik CADD
  • Juruteknik Proses
  • Pengendali Mesin

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM(Politeknik Premier)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:

  • Additional Mathematics
  • Additional Science
  • Aplikasi Elektrik & Elektronik
  • Automotif Elektrik & Diesel
  • Automotif Kenderaan
  • Bahan Binaan
  • Biology
  • Chemistry
  • Fundamental of Programming
  • Grafik Berkomputer
  • Information & Communication Technology
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pemesinan Berkomputer
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyamanan Udara
  • Penyejukan
  • Physics
  • Prinsip Elektrik & Elektronik
  • Programming and Development Tools
  • Reka Cipta
  • Sains Pertanian
  • Science
  • Teknologi Binaan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat

d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      6. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik