logo4lmn rasmiiso1

Diploma Pengurusan Hotel

Diploma Pengurusan Hotel dibangunkan untuk memenuhi keperluan industry perhotelan yang semakin berkembang. Program ini menawarkan kemahiran praktikal untuk menyediakan graduan yang kompeten dalam kemahiran perkhidmatan, penginapan, hotel dan perniagaan restoran.
Program ini direka khas untuk member pendedahan secara praktikal, dimana pelajar akan ditempatkan di industry selama10 bulan sepanjang tempoh pengajian. Ia menyediakan graduan dengan kompetensi yang diperlukan dalam bidang hotel termasuklah perkhidmatan kaunter hadapan, pengurusan hotel dan penginapan, pengemasan, perkhidmatan makanan komersial, operasi dapur dan operasi restoran. Kecekapan asas lain yang diterapkan dalam program termasuk pengetahuan asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesional, kemahiran komunikasi, kesihatandankeselamatan, dan pembangunan keusahawanan.

Tempoh Pengajian : 6 Semester


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan hotel dengan pemahaman yang meluas mengenai industri hotel. Peluang kerjaya dalam bagi graduan Diploma Pengurusan Hotel adalah seperti:

  • Pembantu Dapur (Commis)
  • Pembantu Katering
  • Tukang Masak(Cook)
  • Patissier
  • Chef de Partie
  • Pramusaji
  • Atendan Makanan dan Minuman
  • Atendan Bar
  • Penyambut Tetamu
  • Atendan Pembersihan Kawasan Am
  • Atendan Pendobian
  • Atendan Pengemasan
  • Pembantu Pengkeranian
  • Pembantu Atendan Meja Hadapan
  • Porter
  • Telephonist
  • Atendan Meja Hadapan (Receptionist)
  • Night auditor
  • Juruwang
  • Concierge

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      5. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Pengurusan Hotel
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik