logo4lmn rasmiiso1

Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa

Program Sarjana Muda Sains Kepujian Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti merupakan program pengajian peringkat ijazah sarjana muda yang berbeza daripada institusi lain yang menawarkan program yang sama melalui elemen Work Based Learning (WBL). WBL membolehkan pelajar menimba kemahiran dan pengetahuan dengan optimum di dalam bidang pilihan selama 12 bulan di industri yang dipilih.Pelajar akan mengikuti sebahagian pembelajaran secara konvensional di kampus dan sebahagian lagi di industri. Ini memberikan pengalaman yang luas dan membuka ruang kepada pelajar untuk menempatkan diri mereka dalam bidang yang mereka minati. Pelajar juga berpeluang mewujudkan hubungan dengan majikan yang berpotensi pada masa hadapan dalam meningkatkan kebolehpasaran kerja.

Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan graduan berkemahiran softskills, pembangunan industri dan kemahiran metadologi penyelidikan bagi memenuhi keperluan industry pelbagai disiplin secara global, di samping memenuhi perjawatan di peringkat pengurusan dan professional.

Antara ciri-ciri program ini ialah:

  • Berasaskan WBL di industry pelancongan dan hospitaliti yang diminati;
  • Kemahiran insaniah yang diterapkan dalam semua kursus;
  • Pendedahan elemen pengurusan di peringkat antarabangsa;
  • Proses pembelajaran dan pengajarannya bersifat hands-on;
  • Pembelajaran berasaskan aplikasi dan latihan.

Tempoh Pengajian : 8 Semester


Prospek Kerjaya

Antara peluang kerjaya bagi graduan ialah jawatan pengurusan pertengahan, usahawan, inovator dan peranan profesional lain dalam industri pelancongan dan hospitaliti tempatan serta antarabangsa. Peluang-peluang kerjayalain adalah seperti seperti di hotel, restoran, syarikat-syarikat penerbangan, ejen pelancongan, pengusaha pelancongan dan juga dalam organisasi kerajaan.


Syarat Kemasukan

Lulusan Diploma/Diploma Lanjutan Politeknik

Tempoh Pengajian : 4 Tahun

Syarat Am Politeknik

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  3. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf

Syarat Khas Program

  1. Lulus salah satu daripada Diploma Politeknik berikut:
  • Diploma Pengurusan Hotel dan Katering
  • Diploma Pengurusan Pelancongan

          dan
          memperolehi sekurang-kurangnya HPNM 2.00

     2. Mendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET)

**Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti berikut:
i) Bagi keputusan MUET sebelum 2009, adalah sah hingga 18 Julai 2013.
ii) Bagi keputusan MUET dari 2009, adalah sah lima tahun dari tarikh keputusan MUET.

 

Maklumat Lanjut :  Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik