jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Diploma Pengurusan Pelancongan

Diploma Pengurusan Pelancongan dibangunkan khusus dengan menyediakan struktur pengajian dalam bidang pelancongan secara menyeluruh. Antara kandungan pengajian dan aktiviti kompetensi yang diperkenalkan dalam program ini ialah  seperti Operasi Perjalanan dan Pelancongan, Pengurusan Taman dan Rekreasi, Pengurusan Kemudahan, Pengurusan Acara, Pelancongan Rekreasi, Pengurusan Kaunter hadapan dan Perkhidmatan Interpretasi Pelawat. Kompetensi asas lain dalam industri pelancongan seperti asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesionalisme, komunikasi, keselamatan dan kesihatan, keusahawanan, pengurusan keselamatan dan risiko, pengurusan taman tema dan pengurusan risiko juga diterapkan dalam program ini. Program diploma ini ditawarkanselama enam (6) semester termasuk latihan industri berstruktur pada semester akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar serta membolehkan mereka memasuki dan berfungsi dengan berkesan dalam pasaran kerja sebaik sahaja tamat pengajian.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Pengurusan Pelancongan


Prospek Kerjaya

Sebaik menamatkan pengajian, graduan program ini mempunyai pilihan dan laluan kerjaya seperti berikut:

  • Pegawai Pelancongan
  • Pegawai/Pembantu Taman Tema
  • Pegawai Interpretasi Alam
  • Penyelia Taman Tema
  • Penyelia Perjalanan dan Pelancongan
  • Penyelia Kemudahan Rekreasi / Jurulatih Rekreasi
  • Perunding Jualan dan Pemasaran Pelancongan
  • Perunding Pembangunan Pakej Perjalanan
  • Pegawai Tempahan & Tiketan
  • Penyelia / Penyelaras Pengurusan Acara
  • Usahawan dalam Perniagaan Pelancongan, Perjalanan dan Lawatan
  • Penyelia Program Pelancongan / Pengajar / Fasilitator
  • Ketua lawatan

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      5. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Pengurusan Pelancongan
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik