jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Sijil Khas Reka Bentuk Grafik

Sijil Khas Reka Bentuk Grafik yang dahulunya dikenali sebagai Sijil Kemahiran Reka Bentuk Grafik adalah satu program peringkat sijil yang ditawarkan di bawah Program Sijil Kemahiran Politeknik. Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun. Pelajar juga akan mengikuti program latihan industri selama enam (6) bulan semasa di semester empat (4). Program ini mendedahkan pelajar kepada asas reka bentuk dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti sesi pembelajaran seperti kelas teori dan amali di bilik kuliah, studio reka bentuk dan makmal komputer. Kandungan utama program ini meliputi kursus Asas Seni dan Reka Bentuk, Komputer Grafik, Fotografi Digital, Tipografi, Reka Bentuk Identiti Korporat, Reka Bentuk Penerbitan, Reka Bentuk Pembungkusan, Ilustrasi, Reka Bentuk Pengiklanan, Reka Bentuk Multimedia dan Portfolio. Kursus-kursus tersebut dapat menyediakan pengetahuan asas dalam bidang grafik dan kemahiran teknikal bagi memenuhi permintaan industri masa kini.

Tempoh Pengajian : 4 Semester


Prospek Kerjaya

Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan Reka Bentuk Grafik yang mana membolehkan para lulusan memulakan kerjaya mereka dalam industri yang berkaitan.

Peluang pekerjaan di dalam Sijil Khas Reka Bentuk Grafik ini adalah:
•    Pembantu Pereka Grafik
•    Assistant DTP Artist
•    Jurufoto
•    Pembantu Percetakan
•    Pelukis Ilustrasi
•    Assistant Display Artist
•    Usahawan

 

Maklumat Lanjut dan Syarat Kemasukan

Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik