Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin bidang kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan dalam teknologi komunikasi. Program ini direka bentuk dengan asas kejuruteraan elektrik dan elektronik yang merangkumi Matematik, Asas Elektrik dan Elektronik, Asas Komputer dan Pengaturcaraan, Sistem Komunikasi, Peranti Semikonduktor, Pemasangan Pendawaian dan Reka Bentuk Terbantu Komputer yang dapat menghasilkan graduan yang berketerampilan dan serba boleh, disamping memberi penekanan terhadap bidang pengkhususan di akhir program. Kursus-kursus pengkhususan yang terlibat dalam program ini adalah Telefoni, Sistem Komunikasi Gentian Optik, Komunikasi Data dan Rangkaian, Komunikasi Tanpa Wayar dan Peranti Gelombang Mikro.
Selain daripada penerapan pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Pengajian Malaysia, Ko-kurikulum, Pekerjaan, Keselamatan dan Kesihatan serta Keusahawanan.
Tempoh Pengajian : 6 Semester
Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Prospek Kerjaya
Para graduan mempunyai pilihan yang luas dalam sektor komunikasi seperi Telekom Malaysia Berhad, Celcome, Maxis, Sapura, Axiata, Webe, SIRIM, firma-firma perundingan dan sebagainya. Disamping itu graduan juga boleh memberi sumbangan dalam sistem penyiaran di stesen-stesen radio atau televisyen, institusi pengajian serta firma-firma perundingan.
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi yang boleh digunapakai secara meluas dalam kerjaya yang akan diceburi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi graduan daripada program ini membolehkan mereka untuk menyertai pasaran kerja seperti berikut:
- Pembantu Jurutera
- Pembantu Jurutera Frekuensi Radio
- Eksekutif Teknikal
- Eksekutif Pemasaran
- Penyelia Teknikal
- Pembantu Perancang Teknikal
- Pembantu Jurutera Rangkaian
- Pembantu Pentadbir Rangkaian
- Pembantu Jurutera Drive Test
- Pembantu Jurutera Analisis Drive Test
- Juruteknik Elektrik / Elektronik
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM(Politeknik Premier)
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:
- Additional Mathematics
- Additional Science
- Aplikasi Elektrik & Elektronik
- Automotif Elektrik & Diesel
- Automotif Kenderaan
- Bahan Binaan
- Biology
- Chemistry
- Fundamental of Programming
- Grafik Berkomputer
- Information & Communication Technology
- Lukisan Kejuruteraan
- Pemesinan Berkomputer
- Pengajian Kejuruteraan Awam
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- Penyamanan Udara
- Penyejukan
- Physics
- Prinsip Elektrik & Elektronik
- Programming and Development Tools
- Reka Cipta
- Sains Pertanian
- Science
- Teknologi Binaan
- Teknologi Kejuruteraan
- Teknologi Maklumat
d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
6. Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.
Maklumat Lanjut : Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik