jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang multimedia kreatif. Kursus yang ditawarkan diletakan dalam kumpulan modul Creative Foundation, Creative Essentials dan Creative Technology. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk menceburi kerjaya dalam pelbagai industri Multimedia Kreatif. Disamping kemahiran dan pengetahuan dalam visual dan kreativiti, program ini juga menggunakan aplikasi perisian multimedia terkini yang paling relevan dan digunakan secara meluas dalam industri pengeluaran kreatif. Ini memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dan boleh memasuki mana-mana syarikat dalam bidang kepakaran yang dipilih. Di samping kursus teknikal, pelajar juga dibekalkan dengan kursus umum seperti Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Ko-Kurikulum, Pengurusan Acara dan Keusahawanan untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam softskill. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada pembelajaran sendiri dan kemahiran kecekapan tangan (hand-on), graduan program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia kreatif digital. Program ini mengambil masa pelaksanaan selama lima (5) semester; empat semester akademik dan pada semester akhir iaitu semester lima pelajar akan melaksanakan WBL di syarikat-syarikat yang berkaitan. Pada semester akhir, pelajar dikehendaki melengkapkan projek akhir yang juga akan mengukur pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian mereka. Para pelajar dikehendaki membentangkan Projek Akhir secara professional (pitching and showreel)kepada industri pada akhir program.

Prospek Kerjaya

Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran bersepadu yang diperlukan dalam industri kreatif digital. Pelajar perlu mempunyai bakat, aspirasi dan kebolehan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri kreatif digital. Antara kerjaya yang berpotensi untuk diceburi adalah:-

• Animator
• Penolong Penerbit
• Penolong Pengarah
• Penolong Pengurus Penerbit / Eksekutif
• Penulis Skrip
• Penolong Pengarah Fotografi
• Pembantu Scenographer / Pereka Produksi
• Editor Visual dan Audio
• Pembantu Visual Menchandiser
• Penolong Pengarah Seni / Kreatif
• Animator 2D / 3D
• Pereka Karakter
• Artis Kesan Khas
• Rendering Artist
• Pereka Latar Belakang Digital
• Pereka Grafik
• Pereka Permainan Video
• Penolong Pengarah Video
• Roto Artist
• Concept Artist

Maklumat Lanjut dan Syarat Kemasukan