Kementerian Pendidikan Tinggi menawarkan Diploma Kejuruteraan Mekatronik untuk menampung keperluan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dengan kursus pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Kursus Teras yang ditawarkan adalah seperti Lukisan Kejuruteraan, Amalan Kejuruteraan Bengkel Mekatronik, Pengaturcaraan C, Teknologi Elektrik, Lukisan Terbantu Komputer [CAD], Sistem Elektronik, Haba Bendalir, Elektronik Industri, Pengawal Logik Boleh Pengaturcaraan[PLC], Kaji Daya Bahan, Sistem Digit, Sistem Pneumatik & Hidraulik, Sistem Kawalan, Elektronik Kuasa, Projek, Automasi Industri, Mekanisma penghantar kuasa, dan Aplikasi Sistem Terbenam. Graduan juga disyaratkan untuk melengkapkan 1 Kursus Elektif pada semester 4 dan 5 dengan minimum 4 kredit. Kursus Elektif ini termasuk Mikropemproses, Lukisan Terbantu Komputer/ Pembuatan Terbantu Komputer[CADCAM], Robot Perindustrian, Pengurusan Industri, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia, dan Aplikasi Komputer.
Kursus Teras Biasa pula termasuk subjek Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Kejuruteraan Matematik, Sains Kejuruteraan, dan Keusahawanan. Kursus Wajib pula adalah Pengajian Malaysia, English Komunikasi, Asas Unit Beruniform, Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sukan, Kelab/Persatuan, dan; Komunikasi dan Penyiaran Islam yang mana akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.
Tempoh Pengajian : 6 Semester
Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Kejuruteraan Mekatronik
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Bidang Kejuruteraan Mekatronik yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam Kejuruteraan Mekatronik. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:-
- Pembantu Juruteknik
- Juruteknik Pengeluaran
- Juruteknik Ujian & Kebolehpercayaan
- Jurutera Penyelenggaraan
- Jurutera Jualan
- Jurutera Permohonan
- Penyelia Sistem Kawalan
- Automasi dan Penyelia Robotik
- Pereka Sistem Mekanikal Elektrik
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM(Politeknik Premier)
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:
- Additional Mathematics
- Additional Science
- Aplikasi Elektrik & Elektronik
- Automotif Elektrik & Diesel
- Automotif Kenderaan
- Bahan Binaan
- Biology
- Chemistry
- Fundamental of Programming
- Grafik Berkomputer
- Information & Communication Technology
- Lukisan Kejuruteraan
- Pemesinan Berkomputer
- Pengajian Kejuruteraan Awam
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- Penyamanan Udara
- Penyejukan
- Physics
- Prinsip Elektrik & Elektronik
- Programming and Development Tools
- Reka Cipta
- Sains Pertanian
- Science
- Teknologi Binaan
- Teknologi Kejuruteraan
- Teknologi Maklumat
d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
6. Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.
Maklumat Lanjut : Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik