KM10, Jalan Kong Kong. 81700 Pasir Gudang Johor
07-2612488
07-2612402
pro_pis@pis.edu.my
  ms00 fb  ms00 utube  

jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

22 Mac 2023 - Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengadakan Karnival Pendidikan Atlet 3.0 (Webinar Pendidikan Akademik & Kemahiran) pada 13-24 Mac 2023. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk membolehkan kumpulan sasar atlet mendapat maklumat berkaitan IPT dan agensi yang terlibat.
2 orang atlet Politeknik Ibrahim Sultan telah menjadi tetamu jemputan dalam program bual bicara Chit Chat PolyCC Politeknik & Kolej Komuniti yang bersiaran langsung di Facebook Majlis Sukan Negara. Program ini merupakan salah satu aktiviti dalam Karnival Pendidikan Atlet di bawah Majlis Sukan Negara.
Dua orang atlet tersebut ialah:
▪️Mohd Fakhrullah bin Mohd Rumaize (Atlet Kayak)
▪️Yilamaran a/l Vispalinggam (Atlet Karate)
(diiringi oleh En Mohd Nizam bin Saleh@Japri - pensyarah JRKV, jurubahasa)
Semoga sesi bual bicara tersebut memberi manfaat dan isnpirasi kepada semua khususnya pelajar yang menceburi bidang sukan.

Saudara Umar bin Osman, pelajar semester 1 Politeknik Ibrahim Sultan telah mewakili Malaysia dalam 2023 ICTSI PHILIPPINE ATHLETICS CHAMPIONSHIPS berlangsung di The City of Ilagan Sports Complex, Philippine pada 21-27 Mac 2023. Beliau bersama pasukan telah mendapat pingat gangsa dalam acara 4x400 meter lelaki. Bagi acara 400m lelaki, beliau telah mendapat tempat ke-5.
Sama-sama kita doakan agar Umar bin Osman terus sukses dalam bidang yang diceburi dan membawa pingat emas dalam SEA Games 2023 nanti.

Tahniah dan syabas kepada saudari Nur Amiratul Farahin Ab. Rahman memenangi pingat Perak dalam bidang Painting and Waste Art dan telah mendapat bimbingan daripada Puan Nor Hidayah binti Halim, Ketua Jurulatih Abilympics PIS dan Puan Siti Zaitul Hajar binti Hassan, Penolong Jurulatih Abilympics PIS.

Program ini telah dianjurkan bersama oleh Apple Profesional Learning Malaysia (APLM) dan Jawatankuasa ePembelajaran PIS, serta pelajar-pelajar Event Management DFP4C-JRKV, Politeknik Ibrahim Sultan. Pengisian program terdiri 2 sesi iaitu sesi 1, Bengkel Apple Learning - Apple in Education. Antara penceramah yang hadir adalah daripada Apple Education Malaysia Team iaitu Pn. Wan Noraini binti Wan Daud (Leadership & Learning of Apple Education Msia), Pn. Kartini Binti Mohd Basri (Education Business Development) dan Mr. Sathes Narayanan (System Engineer). Manakala sesi 2 pula, Bengkel iWork- Key Note Classroom iaitu Ts. Khairudin Bin Baharum (Apple Teacher) sebagai penceramahnya.
Objektif program ini untuk memberi pengetahuan & pendedahan kepada para pensyarah pelbagai Jabatan di PIS dan pelajar-pelajar tentang teknologi Apple devices dan perisian Apple yang boleh membantu proses PdP dalam bidang pendidikan. Seterusnya sebagai persediaan menghadapi era digitalisasi dan kemahiran abad ke-21.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Politeknik Ibrahim Sultan Bil.2/2023. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh YBrs. Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan sebelum beliau bersara.
Turut hadir Ts. Haji Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah Akademik PIS dan En Noor Azmi bin Asnawi, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan ahli pengurusan PIS.