jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

SERAHAN SIMBOLIK SUMBANGAN PIS KE PROGRAM KONGSI REZEKI KASIH RAMADAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL JPPKK

Satu aktiviti mengumpul sumbangan bagi program Kongsi Rezeki Kasih Ramadhan telah dilaksanakan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil Politeknik Ibrahim Sultan. Sesi serahan sumbangan telah dilaksanakan secara simbolik oleh wakil PIS iaitu YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS dan YBrs. Hjh. Haslina Binti Zakaria, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil PIS dan turut hadir wakil ahli PUSPANITA PIS di Pejabat Pengarah PIS.
Program berbentuk sumbangan keperluan harian telah diusahakan seawal bulan ramadan lagi. Program ini adalah anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil JPPKK dan Kelab RESclub JPPKK serta kerjasama PUSPANITA di Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.
Program yang dianjurkan sempena bulan Ramadhan inisebagai mendukung Aspirasi 4K (Kebajikan, Keharmonian, Keberkatan dan Kesihatan) yang merupakan pegangan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Semoga usaha jawatankuasa pelaksana dan para penyumbang dikurniakan keberkatan di bulan Ramadan ini. Melalui program ini juga kita beroleh keberkatan dan memberi manfaat kepada penerima.


#puspanitapis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

PUSPANITA2

PUSPANITA3

PUSPANITA4