jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Program "Corporate Social Resposibility (CSR) JKM - Siri 1" bersempena sambutan "Earth Day 2024", Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ibrahim Sultan
Antara aktiviti-aktiviti :
- Ceramah “Earth Day 2024” yang akan disampaikan oleh SWCorp
- Gotong-royong kebersihan dan keceriaan di sekitar bilik kuliah dan bangunan JKM
- Gotong-royong pemulihan dan penyelenggaraan di kawasan parkir kenderaan JKM
- Gotong-royong lukisan mural di bangunan JKM yang terpilih

jkm

jkm1

jkm4

 

 

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PIS dengan kerjasama agensi penguatkuasa telah mengadakan program tersebut meliputi slot ceramah dari PDRM “Kesedaran Keselamatan & Kesejahteraan Diri”, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Johor “Sayangi Diri, Jauhi Dadah”, Penjara Simpang Renggam “Masih Ada Yang Sayang", booth pameran dari PDRM, AADK, Penjara Simpang Renggam dan program derma darah bersama Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Objektif program adalah untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada pelajar dan komuniti berkenaan hukuman terhadap jenayah dan pelanggaran undang-undang, membina kerjasama yang baik di antara PIS dengan agensi penguatkuasaan undang-undang iaitu PDRM, AADK dan penjara, dan membantu pihak HSA dalam kempen mereka berkenaan kepentingan pendermaan darah.
Semoga program ini memberi kesedaran kepada pelajar terhadap hukuman jenayah dan pelanggaran undang-undang di Malaysia, pihak komuniti mempunyai maklumat berkenaan prosedur untuk menyampaikan sebarang isu jenayah yang melibatkan pelajar PIS kepada pihak yang sepatutnya.
Majlis telah dirasmikan oleh YM Tengku Nadzion Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Turut hadir ASP Rafizah Johari, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Kulai, Puan Andi Anggeriati Andi Asri, Penolong Pegawai Antidadah AADK Daerah Johor Bahru, Encik Mohd Zabri Kamarudin, Pegawai Psikologi Kanan Penjara Simpang Ringgam dan Puan Rohaida Razi, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS.


#politeknikibrahimsultan
#oneteamoredreams

aadk1

aadk2

aadk3

TAHNIAH KONTIJEN PIS GIGATRON 17th FIRA MALAYSIA CUP 2024
TELAH MEMENANGI PINGAT GOLD BAGI KATEGORI SIMUROSOT (Drone Simulation Challenge).
Pasukan terdiri daripada dua orang peserta saudara Adam Iskandar bin Zulkarnain dan saudara Muhammad Shafiq bin Zainudin. Pasukan ini dibimbing oleh Ts. Mohd Fairuz bin Salleh selaku Pengurus dan Encik Zaharudin bin Md Dawam, Jurulatih.


#politeknikibrahimsultan
#oneteamoredreams

fira2

fira3

Seramai 28 orang peserta dan 14 orang pegawai yang terlibat ke Kejohanan 17th FIRA MALAYSIA CUP 2024 pada 21 - 26 April 2024 bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Kontijen PIS GIGATRON yang diketuai oleh Ts. Dr Nor Hidayu binti Shahadan menyertai 8 kategori iaituAIR DRONE, SIMUROSOT, AUTONOMOUS CAR, HUROCUP, ROBOSOT, AIBOT, BUSINESS & INNOVATION DAN MYBOT.
Turut menyertai 2 orang guru dan 4 orang pelajar daripada SMK Pasir Putih dan SMK Taman Nusa Damai dalam KATEGORI MYBOT di mana PIS menjadi mentor kepada sekolah tersebut.
Selamat berjuang dan lakukan yang terbaik untuk PIS


#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams

fira

Satu sesi kunjungan mesra dari Pengurusan Perbankkan Affin Bank telah diadakan di pejabat pengarah PIS. Kunjungan ini telah disantuni oleh YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya Pengarah PIS, YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS, Hj Hamzah bin Zakaria, TPGS PIS. Kunjungan ini bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama melalui CSR yang menfokuskan kepada bidang akademik dan kerjaya pelajar.
Semoga kunjungan ini akan memberi satu ruang dan peluang kerjasama baru yang menyumbang serta memberi manfaat kepada pelajar kelak.


#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

affin1

affin3