jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

MAJLIS PERASMIAN CAREER INTERNATIONAL PIS X MYFUTUREJOBS 2024

Tahun ini merupakan penganjuran kali kedua Karnival Kerjaya kerjasama antara Politeknik Ibrahim Sultan dan PERKESO dalam usaha mewujudkan platform kepada bakal graduan dalam kalangan pelajar tahun akhir PIS dan juga komuniti setempat untuk meneroka peluang kerjaya yang sedia ada.
Pada edisi kali ini penganjuran karnival adalah dengan skala yang lebih besar peringkat antarabangsa dengan pengibatan syarikat dari luar negara iaitu Singapura. Kali ini, sebanyak 26 majikan menawarkan lebih 130 jawatan daripada pelbagai industri dalam negara dan Singapura, antaranya Molex Singapore Pte Ltd, Sunway Group, Samurai 2k Aerosol Sdn Bhd. Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd, Idemitsu Advanced Materials (Malaysia) Sdn Bhd dan Educity Iskandar.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Lai Kok Fai, Pengarah Valourtech Machineries Sdn Bhd merangkap CEO@PolyCC Politeknik Ibrahim Sultan. Turut hadir Ts. Zulkurnain Shahadan, Pengarah Kompetensi & Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Hj Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan dan Encik Tong Sing Chuang, Pengarah PERKESO Negeri Johor.
Tema International Career Fair PIS x MYFutureJobs 2024 ialah Turn Passions into Profession. Manakala fokus Karnival Kerjaya Antarabangsa ini adalah Integrating TVET @ Komuniti Madani for a Sustainable Workforce sejajar dengan teras Malaysia Madani yang memberikan penekanan kepada kepentingan menyepadukan komponen insaniah dengan pembangunan ekonomi.
Melalui karnival kerjaya ini, kita mengharapkan engagement dan penempatan dengan pihak industri yang dilaksanakan kepada graduan PIS ini dapat memupuk minat pelajar sehingga mereka menamatkan pengajian seperti yang dilakukan beberapa negara luar dengan menempatkan pelajar dengan pihak industri sejak dalam pengajian lagi.
Objektif penganjuran Karnival Kerjaya Antarabangsa ini termasuk meningkatkan peranan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai politeknik premier yang menjadi pusat maklumat kerjaya pelajar dan komuniti setempat, menyediakan ruang kepada Jawatankuasa Penasihat Industri, rakan kolaborasi, rakan industri dan alumni untuk berkongsi maklumat mengenai panduan kerjaya, tips temuduga dan kemajuan kemahiran insaniah, memperkasakan sinergi antara politeknik dan industri yang boleh menghasilkan impak dan keberhasilan penganjuran kepada kedua-dua pihak dan dalam era serba digital, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan, sama ada secara separuh masa, sepenuh masa, dan dalam pelbagai bidang di seluruh negara.


#politeknikibrahimsultan

job

job1

job2

job3

job5

job4