Politeknik Ibrahim Sultan telah menerima kunjungan hormat daripada Center for Advancement in Digital and Flexible Learning (UTM CDex), Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru yang diketuai oleh Profesor Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah, Pengarah CDex, UTM pada 15 Mei 2024 bertempat di Creative Design Centre, PIS.
Delegasi CDex, UTM ini disambut oleh Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Ibrahim Sultan, YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim dan Ketua Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Encik Hanizam bin Hussin.
Perjumpaan ini merupakan inisiatif awal yang bertujuan untuk berkongsi pelbagai peluang dan kepakaran yang sedia ada bagi jalinan kerjasama antara PIS dan CDex UTM dalam memantapkan lagi usaha pembudayaan pengajaran dan pembelajaran TVET secara digital terutama sekali dalam pembangunan bahan PdP berbentuk Virtual Reality (VR).
Kedua-dua pihak juga berharap kerjasama ini dapat memberikan impak positif dalam dunia pendidikan digital dan membuka peluang baru untuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams