logo5lmn rasmi2020 sirim v2

Sesi 1 Coffee & Tea @ Library telah berlangsung pada 23 Februari 2020. Program ini dikendalikan oleh Tn Hj Rafiuddin Bin Rohani sebagai fasilitator.

Semoga usaha mencungkil bakat penulisan di kalangan pelajar PIS akan dapat dicapai melalui usaha ini

 

 

cofee talk    cofee talk1

 

cofee talk2

21 Februari 2020 | Jumaat | Kelab Rukun Negara Politeknik Ibrahim Sultan telah melaksanakan Program Uvagai Ponggal 2020 dengan jayanya.

Program ini disertai oleh beberapa IPTA dan IPTS di sekitar negeri Johor.
Program ini bertambah meriah dengan ketibaan perasmi program En Abu Bakar bin Abdul Hamid ,Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan pakaian traditional India. Progam Ponggal adalah satu program yang dikendalikan oleh Kelab Rukun Negara Politeknik Ibrahim Sultan hampir setiap tahun. Ponggal adalah satu festival yang diraikan oleh para petani-petani untuk memberi kesyukuran kepada hasil pertanian mereka.

 

ponggal02   ponggal03   

  ponggal05   ponggal06 

 ponggal04

 

Forum Pesona Hati Remaja 2020 (PHR 2020) "Kejar Viral" telah berlangsung pada11 Februari 2020 anjuran Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Ibrahim Sultan.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana program (lebih 1000 orang) yang terdiri aripada Pihak Pengurusan, Rakan2 politeknik, Pelajar PIS, IKM JB, dan komuniti sekitar. Terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada ustaz Mohammad Hamdan Abdul Ghani selaku moderator tetap PHR, panel Jemputan yang sungguh bersemangat dari awal hingga tamat sesi forum Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan dan Saudari Heliza Helmi, barisan Krew PHR2020 yang dikasihi serta tidak dilupakan kepada crew Prank sambutan hari lahir Heliza.

 

pesona03  pesona02

 

pesona04  pesona10

 

pesona11  pesona05

pesona06  pesona07

pesona08  pesona09

Pameran 'Conteng Arang' koleksi lukisan hasil karya pensyarah-pensyarah Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual, PIS diketuai sendiri oleh Dr,Beh Cheng Siew, Ketua Jabatan JRKV

jrkv01  jrkv03

jrkv02  jrkv04

jrkv05  jrkv06    

jrkv08  jrkv07

Tahniah....


Seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Muhammad Izwan (mantan YDP MPP PIS) kerana meraih Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Ketua Pengarah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik Kolej Komuniti 2019 (POLYCCSA 2019) yg berlangsung malam.

Anugerah kecemerlangan tersebut disampaikan sendiri oleh YBhg. Ketua Pengarah JPPKK Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub.

Turut hadir bagi meraikan kejayaan Muhammad Izwan ialah Puan Pengarah PIS Hjh Rashidah Mustapa, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS,En. Abu Bakar Abd. Hamid serta berapa orang pegawai dan rakan pelajar dari PIS.

Semoga saudara Muhammad Izwan terus cemerlang dengsn bakat kepimpinan yang beliau miliki.

Seluruh warga PIS amat berbangga dengan kejayaan anda ...

 

polyccsa00

polyccsa01

polyccsa04

polyccsa03