jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

PELAJAR PIS MELAKSANAKAN PROGRAM LUKISAN MURAL DI KOMPLEKS PENGUATKUASAAN SUNGAI PULAI, GELANG PATAH

Seramai 18 orang pelajar dari Program Diploma Rekabetuk Grafik (DRG4B), Jabatan Rekabentuk dan Komunukasi Visual telah berjaya melaksanakan Program Lukisan Mural di Kompleks Penguatkuasaan Sungai Pulai, Gelang Patah bermula 27 – 28 Februari dan 10 Mac 2024.
Pelajar mengambil masa selama 3 hari bagi menghasilkan lukisan mural bersaiz 400 kaki persegi bersamaan dengan 2 permukaan dinding bangunan. Program CSR ini telah mendapat bimbingan oleh Pensyarah Projek iaitu Pn. Noraslinda binti Yusof dan turut dihadiri oleh Pn. Khadijah binti Md. Ali dan Pn. Muneswari a/p Saminathan.
Semoga usaha ini menjadi kegiatan yang positif dan meningkatkan pengetahuan pelajar dengan melaksanakan pekerjaan dilapangan sebenar serta PdP diluar bilik kuliah.


#jrkvpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

murai2

murai3

murai4

murai5