jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Politeknik Ibrahim Sultan telah menerima kunjungan hormat daripada Center for Advancement in Digital and Flexible Learning (UTM CDex), Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru yang diketuai oleh Profesor Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah, Pengarah CDex, UTM pada 15 Mei 2024 bertempat di Creative Design Centre, PIS.
Delegasi CDex, UTM ini disambut oleh Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Ibrahim Sultan, YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim dan Ketua Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Encik Hanizam bin Hussin.
Perjumpaan ini merupakan inisiatif awal yang bertujuan untuk berkongsi pelbagai peluang dan kepakaran yang sedia ada bagi jalinan kerjasama antara PIS dan CDex UTM dalam memantapkan lagi usaha pembudayaan pengajaran dan pembelajaran TVET secara digital terutama sekali dalam pembangunan bahan PdP berbentuk Virtual Reality (VR).
Kedua-dua pihak juga berharap kerjasama ini dapat memberikan impak positif dalam dunia pendidikan digital dan membuka peluang baru untuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.


#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams

vr

vr1

vr3

 

Kejohanan Paintball Antarabangsa, Piala Datuk Bandar Pasir Gudang telah berlangsung bermula 10 Mei hingga 12 Mei 2024 bertempat di Padang Hoki, Politeknik Ibrahim Sultan.
Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang dengan kolaborasi Politeknik Ibrahim Sultan.
Hari pertama berlangsung pada 10 Mei 2024, melibatkan kategori Komuniti dan Jemputan.
Manakala, kategori pada hari ini melibatkan pasukan Prelim Classic dan pasukan Prelim Open dengan penyertaan dari negara antarabangsa seperti Thailand, Brunei dan Singapura.
Pada hari ini, turut diadakan perlawanan persahabatan di antara Pasukan Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama Datuk Bandar Pasir Gudang dan pasukan Politeknik Ibrahim Sultan.
Kejohanan ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia, Sri Awana Paintball, Tourism Johor, Kementerian Belia dan Sukan, Polis Diraja Malaysia, Sppl, A League Of Its Own, Ksm Paintballers dan Msp.


#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams
#oneteammoredreams

pintball1

pintball2

pintball3

pintball4

 

Tahun ini merupakan penganjuran kali kedua Karnival Kerjaya kerjasama antara Politeknik Ibrahim Sultan dan PERKESO dalam usaha mewujudkan platform kepada bakal graduan dalam kalangan pelajar tahun akhir PIS dan juga komuniti setempat untuk meneroka peluang kerjaya yang sedia ada.
Pada edisi kali ini penganjuran karnival adalah dengan skala yang lebih besar peringkat antarabangsa dengan pengibatan syarikat dari luar negara iaitu Singapura. Kali ini, sebanyak 26 majikan menawarkan lebih 130 jawatan daripada pelbagai industri dalam negara dan Singapura, antaranya Molex Singapore Pte Ltd, Sunway Group, Samurai 2k Aerosol Sdn Bhd. Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd, Idemitsu Advanced Materials (Malaysia) Sdn Bhd dan Educity Iskandar.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Lai Kok Fai, Pengarah Valourtech Machineries Sdn Bhd merangkap CEO@PolyCC Politeknik Ibrahim Sultan. Turut hadir Ts. Zulkurnain Shahadan, Pengarah Kompetensi & Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Hj Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan dan Encik Tong Sing Chuang, Pengarah PERKESO Negeri Johor.
Tema International Career Fair PIS x MYFutureJobs 2024 ialah Turn Passions into Profession. Manakala fokus Karnival Kerjaya Antarabangsa ini adalah Integrating TVET @ Komuniti Madani for a Sustainable Workforce sejajar dengan teras Malaysia Madani yang memberikan penekanan kepada kepentingan menyepadukan komponen insaniah dengan pembangunan ekonomi.
Melalui karnival kerjaya ini, kita mengharapkan engagement dan penempatan dengan pihak industri yang dilaksanakan kepada graduan PIS ini dapat memupuk minat pelajar sehingga mereka menamatkan pengajian seperti yang dilakukan beberapa negara luar dengan menempatkan pelajar dengan pihak industri sejak dalam pengajian lagi.
Objektif penganjuran Karnival Kerjaya Antarabangsa ini termasuk meningkatkan peranan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai politeknik premier yang menjadi pusat maklumat kerjaya pelajar dan komuniti setempat, menyediakan ruang kepada Jawatankuasa Penasihat Industri, rakan kolaborasi, rakan industri dan alumni untuk berkongsi maklumat mengenai panduan kerjaya, tips temuduga dan kemajuan kemahiran insaniah, memperkasakan sinergi antara politeknik dan industri yang boleh menghasilkan impak dan keberhasilan penganjuran kepada kedua-dua pihak dan dalam era serba digital, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan, sama ada secara separuh masa, sepenuh masa, dan dalam pelbagai bidang di seluruh negara.


#politeknikibrahimsultan

job

job1

job2

job3

job5

job4

17th Diploma Project Exhibition and Competition (D’ProjEC) 7th PIS Innovation Week (PISInNoW) bertemakan “Sustainable IR 4.0 driven by Industry-Polytechnic Synergy merupakan acara tahunan yang disertai oleh pelajar diploma dari jabatan JKE, JKM, JRKV dan JPH. Pameran ini akan menjadi pelantar kepada pensyarah dan pelajar untuk mengetengahkan hasil penyelidikan atau reka cipta yang dijalankan kepada umum.
Disamping itu, ianya juga menjadi penanda aras terhadap kualiti sesuatu projek penyelidikan bagi melayakkan para pelajar untuk menyertai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa seperti International Invention, Innovation dan Technology Exhibition (ITEX), Malaysia Technology Expo (MTE), dan Regional Student’s Product Exhibition (RESPEX).
Adalah diharapkan perlaksanaan 6th PISNOW pada tahun ini akan dapat menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi dikalangan staf PIS amnya dan pelajar khasnya.
Majis telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Noor Azurati binti Ahmad Salleh, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan Universiti Teknologi Malaysia. Turut bersama Hj Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan.


#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams

dproejec6

dproejec

dproejec1

dproejec3

dproejec5

 

Raya Fun 2024 telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan lebih 400 orang pelajar dan staf Politeknik Ibrahim Sultan. Raya Fun Run merupakan larian sejauh 2.2km dengan mengenakan baju raya/pakaian tradisional.
Tahniah diucapkan kepada semua warga Politeknik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program ini dapat menjalinkan ukhuwah seasama peserta dalam suasana hari raya di samping dapat mencungkil bakat baru dalam acara lain.


#jskkpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

fun2

fun3

fun4

fun5

fun6