KM10, Jalan Kong Kong. 81700 Pasir Gudang Johor
07-2612488
07-2612402
pro_pis@pis.edu.my
  ms00 fb  ms00 utube  

jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Majlis Flag Off Kontijen FIRA PIS Gigatron ke Kejohanan 16th FIRA Malaysia Cup 2023
Seramai 29 orang peserta dan 12 org pegawai yang akan terlibat di Kejohanan 16th FIRA Malaysia Cup 2023 bermula pada 8 -12 Mei 2023 bertempat di Politeknik Seberang Perai. Kontijen PIS Gigatron akan menyertai dalam 7 kategori iaitu
Aibot, Mybot, Airdrone, Simurosot, Hurocup, Robosot dan Bussiness & Innovation.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengurus CDeC, Encik Abdul Razak bin Salim mewakili Timbalan Pengarah Akademik PIS berlangsung pada jam 3.30 petang di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), PIS.
Terima kasih buat Ts. Hj Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah Akademik yang sudi meluangkan masa di pertengahan majlis kerana komitmen tugas lain di Segamat dan berkesempatan menitipkan kata kata semangat, amanat dan pesanan kepada semua peserta dan pegawai pengiring yang terlibat.
Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah barisan pengurusan PIS dan pengurusan Sekretariat Robotik PIS.
Selamat berjuang dan lakukan yang terbaik untuk PIS!

Pada 4 hingga 6 Mei 2023 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di Savannah Hill Resort telah diadakan Kem Kepimpinan Pengguna Rahmah Peringkat Negeri Johor yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor dengan kerjasama Pertubuhan Wadah Siswazah Islah Malaysia-WASILAH. Program ini telah melibatkan seramai 80 orang Mahasiswa IPT Dan Belia Negeri Johor.
Politeknik Ibrahim Sultan telah menyambut baik pelaksanaan kem tersebut dengan memberi kerjasama sepenuhnya dengan menghantar penyertaan seramai 8 orang pelajar. Diharapkan dengan penglibatan pelajar Politeknik Ibrahim dalam kem ini dapat menggilap potensi pelajar dalam rangkaian kerjasama yang besar antara semua institusi yang terlibat, komited dan proaktif dalam meningkatkan kesedaran penyebaran ilmu pengetahuan berkaitan dengan KEPENGGUNAAN.
Semoga semua pelajar ini lebih memahami konsep RAHMAH dan sayangi negara kita Malaysia Madani. Syabas kepada 8 orang pelajar ini Fahim Haiqal bin Abd Rahim, Danial Hakim Chan bin Chan Yoke Lung, Nur Syamimi binti Mohd Fairuz, Suwardi bin Rasyid, Amirul Aiman bin Harulnizam, Damien Viknesh Vikneshwaran A/L Edwin, Devan a/l Pannerselvam dan Rabiatul Nuha binti Bahrin yang telah diselaraskan penyertaannya oleh Pn. Alyyati binti Mohd Talib sebagai Ketua Kursus Kokurikulum, Politeknik Ibrahim Sultan.

Program P.I.S Sports And Health Day 2023 telah berlangsung dengan jayanya bersempena 25 tahun Jubli Perak bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara para pelajar, pensyarah dan seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan dengan menitikberatkan aspek kesedaran kesihatan dan aktiviti kesukanan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Splash Run 23’, senamrobik,
pertandingan badminton, pertandingan futsal dan Tiktok
Dance terbuka kepada seluruh warga P.I.S.
Antara fasiliti yang digunakan bagi menjayakan program ini adalah
Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ), Kompleks
Sukan serta Creative Design Centre (CDEC).Program ini merupakan program anjuran kelas DRG4C dibawah kursus DVI40103 Event Management, Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) dengan kolaborasi National Kidney Foundation Malaysia dan Energy Life Fitness.

PIS telah mengambil langkah yang proaktif melancarkan Program Kongsi Kegembiraan – Kupon Makan Sesi I: 2022/2023 bagi membantu meringankan beban kos sara hidup pelajar PIS yang terdiri daripada golongan B40 melalui kaedah bantuan yang lebih fleksible dan berfokus.
Program ini mendapat tajaan penuh daripada SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. yang telah menyumbang sebanyak RM30,000.00. Majlis penyerahan kupon makan bernilai RM150 kepada 200 orang pelajar yang terpilih telah diadakan di Dewan Kuliah Utama PIS anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar bersama Majlis Perwakilan Pelajar.
PIS sentiasa mengutamakan dan menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar. Semoga program sebegini dapat membudayakan semangat insaniah, cakna dan prihatin dikalangan warga PIS.
Terima kasih SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.