Tahniah Politeknik Malaysia berjaya mendapat tempat ke-2 dalam acara Mixed Double Open Kayak pada pertandingan Labuan Round Island Kayak Challenge 2024 sejauh 51.2 km. Pertandingan ini telah berlangsung pada 28 April 2024 di Labuan International Sea Sports Complex.
Seramai 2 orang atlet Kayak Politeknik Malaysia yang juga merupakan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai pertandingan pada kali ini. Nur Atasha Nabila binti Saring (JKM) dan Mohammad Fahmi Izwan bin Shahril (JPH), berjaya mengharungi kayuhan 51.2km dengan catatan masa 06:13:57.
Pasukan ini dibimbing oleh En Mazlan bin Mearaj selaku Ketua Jurulatih dan Pn Siti Norbaiah binti Harun selaku Pengurus Pasukan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penguruan pasukan, barisan kejurulatihan serta atlet kayak yang telah menunjukkan kesungguhan bermula dari persiapan pasukan, kem-kem latihan dan pada hari pertandingan. Sesungguhnya pengorbanan dan kesungguhan kalian demi menaikkan nama Politeknik Malaysia amatlah dihargai.
#jskkpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams