jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

ICO-ASCNITECH 2018
2nd international conference on applied science, engineering, business & information technology

✅ *124* penyertaan kertas ilmiah
✅ *17* penyertaan poster

Melibatkan penglibatan:

✅ *210* pembentang

✅ *40* penilai manuskrip dari Universiti Awam dan Politeknik

✅ *43 pembentang dari PIS*.

8.30 - 10.30 am - Morning Session (Opening Ceremony and Keynote Speech)

8.30 - 10.30 pm - Night Session (Dinner and Awards Ceremony)

Keynote Speakers berikut akan bersama kami di ICO-ASCNITECH:

✅ *Prof. Dr. Eng. Ralf Forster*
MECHANICAL ENGINEERING
BEUTH UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCE BERLIN

✅ *Profesor Madya Dr. Md Nasir Bin Ibrahim*
ART EDUCATION
UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS (UPSI)
AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

✅ *Dr. Ir. Budhi Muliawan Suyitno, IPM*
MATERIAL FATIGUE
FAKULTAS TEKNIK UNIVERSITAS/ PANCASILA

*20 OUTSTANDING AWARDS JUGA DITAWARKAN!*

???? 10 Outstanding Paper Award
???? 5 Outstanding Presenter Award
???? 5 Outstanding Poster Award

Laporan Lengkap akan menyusul

ico 01  ico 02

ico 03  ico 04

Tarikh : 16-18 Oktober 2018

Panel Auditor :

  • Ms Therese Lee (Philippines), APACC Team Leader
  • Ms Khansawat Hinthaow (Thailand), APACC Team Member
  • Ms Arlene Cruz (Philippines), APACC Support Staff Member                     


Politeknik Ibrahim Sultan berazam untuk menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.

Dalam mengejar visi utama tersebut, PIS sentiasa meletakkan institusi ini bersedia untuk menyediakan akses yang meluas kepada TVET yang berkualiti dan diiktiraf.  Bagi memperolehi pengiktirafan tersebut, PIS hari ini menerima kunjungan 3 orang panel penilai daripada ASIA PACIFIC ACCREDITATION & CERTIFICATION COMMISSION (APACC).

APACC adalah sebuah badan yang diiktiraf diperingkat antarabangsa yang membua penarafan bagi institusi TVET.  Penilaian semula ini berlaku setiap 3 tahun. Pada penilaian tahun 2015 yang lalu, PIS telah berjaya memperolehi penarafan tahap emas (terbaik).

PIS akan memastikan pencapaian tersebut akan terus kekal ataupun lebih baik bagi menjamin hala tuju institusi ini untuk terus menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.

Selamat maju jaya kepada Politeknik Ibrahim Sultan.

apacc01  apacc02

apacc03

Laporan lengkap akan menyusul

INNOVATION FOR ENGLISH LANGUAGE LEARNING (INNOVELL) 2018 will be held on 8 October 2018, at Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS, Pasir Gudang, Johor.

As the official organiser of INNOVELL 2018, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) is delighted to invite you to attend and participate in our prestigious competition which aims to develop the ability of participants to present and convince audience of their innovative ideas with the effective use of English language.

This year, we have chosen the theme ‘From Traditional Games to Classroom Learning”. In particular, participants will need to create a language game based on a traditional game that they have chosen. As we all know, games have great educational values. Besides creating a fun learning environment which will push learners to interact, great games can also help learners to develop communicative competence, particularly when they are engaged in meaningful and authentic language use. So, let's explore all these possibilities!

 

inovell2018 1  inovell2018 2

Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kursus: Kursus membaiki handphone siri 1
Tarikh: 6/10/2018
Bilangan peserta: 30 orang
Anjuran : Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK)

 kursus baikiHP  kursus baikiHP 1

Laporan lengkap akan menyusul

Syabas dan tahniah.

Politeknik Ibrahim Sultan telah membuktikan kemampuannya menyediakan akses TVET yang meluas dan berkualiti dalam mengungguli agenda TVET nasional.

Dua orang penuntut PIS telah berjaya meraih kejayaan di dalam pertandingan Worldskill Malaysia Belia 2018.

Noor Aliza Yahaya, penuntut program Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian telah berjaya meraih pingat emas bagi kategori Teknologi Fesyen.

Manakala seorang lagi penunut program Diploma Rekabentuk Grafik, Afham Ilmam bin Mohamad Dimyati telah meraih pingat gangsa bagi kategori Teknologi Grafik.

Secara keseluruhan PIS telah menghantar 6 penyertaan kali di mana 3 peserta bagi kategori Teknologi Rekabentuk Grafik, 2 peserta Teknologi Fesyen dan seorang peserta Visual Merchandising.

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung sempena AnugerahTangan Emas Perdana Menteri 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) Kuala Lumpur pada 04 Oktober 2018.

Seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh Pasukan WorldSkill Malaysia 2018 PIS.

 

worldskill2018

worldskill2018 1  worldskill2018 2

 

Senarai Lengkap Pemenang WorldSkills Belia 2018