jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Worldskill Malaysia Belia 2018.

Syabas dan tahniah.

Politeknik Ibrahim Sultan telah membuktikan kemampuannya menyediakan akses TVET yang meluas dan berkualiti dalam mengungguli agenda TVET nasional.

Dua orang penuntut PIS telah berjaya meraih kejayaan di dalam pertandingan Worldskill Malaysia Belia 2018.

Noor Aliza Yahaya, penuntut program Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian telah berjaya meraih pingat emas bagi kategori Teknologi Fesyen.

Manakala seorang lagi penunut program Diploma Rekabentuk Grafik, Afham Ilmam bin Mohamad Dimyati telah meraih pingat gangsa bagi kategori Teknologi Grafik.

Secara keseluruhan PIS telah menghantar 6 penyertaan kali di mana 3 peserta bagi kategori Teknologi Rekabentuk Grafik, 2 peserta Teknologi Fesyen dan seorang peserta Visual Merchandising.

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung sempena AnugerahTangan Emas Perdana Menteri 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) Kuala Lumpur pada 04 Oktober 2018.

Seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh Pasukan WorldSkill Malaysia 2018 PIS.

 

worldskill2018

worldskill2018 1  worldskill2018 2

 

Senarai Lengkap Pemenang WorldSkills Belia 2018