Tarikh : 16-18 Oktober 2018
Panel Auditor :
- Ms Therese Lee (Philippines), APACC Team Leader
- Ms Khansawat Hinthaow (Thailand), APACC Team Member
- Ms Arlene Cruz (Philippines), APACC Support Staff Member
Politeknik Ibrahim Sultan berazam untuk menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.
Dalam mengejar visi utama tersebut, PIS sentiasa meletakkan institusi ini bersedia untuk menyediakan akses yang meluas kepada TVET yang berkualiti dan diiktiraf. Bagi memperolehi pengiktirafan tersebut, PIS hari ini menerima kunjungan 3 orang panel penilai daripada ASIA PACIFIC ACCREDITATION & CERTIFICATION COMMISSION (APACC).
APACC adalah sebuah badan yang diiktiraf diperingkat antarabangsa yang membua penarafan bagi institusi TVET. Penilaian semula ini berlaku setiap 3 tahun. Pada penilaian tahun 2015 yang lalu, PIS telah berjaya memperolehi penarafan tahap emas (terbaik).
PIS akan memastikan pencapaian tersebut akan terus kekal ataupun lebih baik bagi menjamin hala tuju institusi ini untuk terus menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.
Selamat maju jaya kepada Politeknik Ibrahim Sultan.
Laporan lengkap akan menyusul