jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Majlis lafaz ikrar dan penutup Program Haluan Siswa sesi Disember 2018.

Seramai 282 pelajar mendaftar di Politeknik Ibrahim Sultan dalam 14 program pengajian peringkat diploma bagi desi Disember 2018. Program pendaftaran pelajar baharu atau dikenali sebagai Program Haluan Siswa bermula pada 02 Disember berlangsung selama empat hari. Pelbagai pengisian telah disusun bagienyantuni bakal pemain TVET nasional ini.

Selamat datang dan selamat menempuh alam pendidikan tinggi yang lebih memcabar. Semoga semua mahasiswa ini barjaya mengahrungi cabaran ini dan berjaya menjadi graduan yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang.

 

Perkongsian Alumni Politeknik Ibrahim Sultan


Terima kasih En.Azli Bin Salim, Senior Sales Manager Forest City Phoenix Hotel, Johor di atas perkongsian Alumni Politeknik Ibrahim Sultan .

Bermula daripada Sijil Hotel Dan Katering Politeknik seterusnya Diploma Hotel Dan Katering, En.Azli membuktikan graduan politeknik mampu menyerlah dalam segala bidang, mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi di politeknik.

 alumnidis2018

alumnidis2018 2

alumnidis2018 0

alumnidis2018 1

Tarikh : 11 November 2018

Politeknik Ibrahim Sultan mengalu alukan kehadiran YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ahmad bin Hj. Zainuddin, Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia selaku Pengerusi Jawatankuasa Panel Penasihat Industri PIS serta seluruh ahli jawatankuasa penasihat dikalangan pemain industri ke mesyuarat Jawatankuasa Panel Penasihat Industri PIS 2018.

Jalinan kerjasama serta perkongsian diantara PIS dan pihak industri amat penting dalam merealisasikan hasrat dan tujuan PIS menjadi peneraju Institusi TVET yang unggul.  Perkongsian pintar meliputi perkongsian pandangan, idea, pengalaman serta kepakaran mampu memberikan impak positif kepada penyediaan akses yang meluas kepada program program TVET.

Perkongsian pintar bersama pihak industri ini juga dapat menjadikan PIS sebagai institusi TVET yang melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawan dan seimbang seterusnya mewarnai pasaran pekerjaan nasional.

msyt industri (1)

 

msyt industri (2)

 

msyt industri (3)

SHORT FILM FESTIVAL 2.0 POLITEKNIK MALAYSIA 2018 merupakan kesinambungan daripada Polytechnic Short Film Festival 2017 yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan mahasiswa dan mahasisiwi Politeknik dalam penguasaan Bahasa Inggeris melalui kaedah yang lebih menarik dan pelbagai melalui penghasilan filem pendek berunsurkan motivasi dan pengajaran.

Para peserta akan mempersembahkan idea tersendiri dan berusaha memberikan yang terbaik untuk menghasilkan filem dengan kemahiran teknikal yang dimiliki dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah untuk mengasah bakat, persefahaman, teknik pembelajaran dan kerjasama berpasukan.

Sebuah wadah baru yang menarik, bertenaga dan menginspirasi para peserta, program ini dilihat mampu membawa bakat mahasiswa ke satu tahap yang lebih baik daripada sekadar sebuah persembahan. Mengangkat tema “CULTURE & HUMANITY” akan membawa para peserta untuk mempersembahkan sebuah karya yang menggabungkan isu semasa dan nilai-nilai murni disamping sentuhan kesenian tradisional sebagai mengangkat kembali seni klasik tradisi dan kesinambungan budaya.

Fokus utama terhadap pembikinan filem dalam Bahasa Inggeris pasti menambah cabaran terhadap pemantapan penguasaaan Bahasa Inggeris dalam penghasilan menuskrip berdasarkan jalan cerita yang bakal digarap. Pastinya, festival ini bukan sahaja mampu mengembangkan bakat para peserta dalam dunia fileman secara teknikal, malah memperkukuh kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam usaha melengkapkan jalan cerita melalui perbincangan, penghasilan menuskrip, sinematografi, lakon layar dan pelbagai lagi yang pastinya akan memukau para penonton.

Disertai oleh 21 penerbitan daripada 21 politeknik seluruh negara PSFF2.0 telah membuka penyertaan bermula 9 -18 September 2018. Peserta mula memuatnaik video penyertaan masing-masing seawall 20 Sept – 25 Okt 2018.

psff2018

 

psff2018 01

Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama (Certificate of Cooperation).

Tarikh : 7 November 2018
Tempat : Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan

Politeknik Ibrahim Sultan memeterai perjanjian kerjasama dengan 21 buah pemain industri bagi memantapkan serta menambahnilai aktiviti pembelajaran dan pengajaran di institusi ini.

coc nov2018    

coc banting