jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penasihat Industri PIS 2018.

Tarikh : 11 November 2018

Politeknik Ibrahim Sultan mengalu alukan kehadiran YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ahmad bin Hj. Zainuddin, Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia selaku Pengerusi Jawatankuasa Panel Penasihat Industri PIS serta seluruh ahli jawatankuasa penasihat dikalangan pemain industri ke mesyuarat Jawatankuasa Panel Penasihat Industri PIS 2018.

Jalinan kerjasama serta perkongsian diantara PIS dan pihak industri amat penting dalam merealisasikan hasrat dan tujuan PIS menjadi peneraju Institusi TVET yang unggul.  Perkongsian pintar meliputi perkongsian pandangan, idea, pengalaman serta kepakaran mampu memberikan impak positif kepada penyediaan akses yang meluas kepada program program TVET.

Perkongsian pintar bersama pihak industri ini juga dapat menjadikan PIS sebagai institusi TVET yang melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawan dan seimbang seterusnya mewarnai pasaran pekerjaan nasional.

msyt industri (1)

 

msyt industri (2)

 

msyt industri (3)