logo4lmn rasmiiso1

SHORT FILM FESTIVAL 2.0 POLITEKNIK MALAYSIA 2018

SHORT FILM FESTIVAL 2.0 POLITEKNIK MALAYSIA 2018 merupakan kesinambungan daripada Polytechnic Short Film Festival 2017 yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan mahasiswa dan mahasisiwi Politeknik dalam penguasaan Bahasa Inggeris melalui kaedah yang lebih menarik dan pelbagai melalui penghasilan filem pendek berunsurkan motivasi dan pengajaran.

Para peserta akan mempersembahkan idea tersendiri dan berusaha memberikan yang terbaik untuk menghasilkan filem dengan kemahiran teknikal yang dimiliki dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah untuk mengasah bakat, persefahaman, teknik pembelajaran dan kerjasama berpasukan.

Sebuah wadah baru yang menarik, bertenaga dan menginspirasi para peserta, program ini dilihat mampu membawa bakat mahasiswa ke satu tahap yang lebih baik daripada sekadar sebuah persembahan. Mengangkat tema “CULTURE & HUMANITY” akan membawa para peserta untuk mempersembahkan sebuah karya yang menggabungkan isu semasa dan nilai-nilai murni disamping sentuhan kesenian tradisional sebagai mengangkat kembali seni klasik tradisi dan kesinambungan budaya.

Fokus utama terhadap pembikinan filem dalam Bahasa Inggeris pasti menambah cabaran terhadap pemantapan penguasaaan Bahasa Inggeris dalam penghasilan menuskrip berdasarkan jalan cerita yang bakal digarap. Pastinya, festival ini bukan sahaja mampu mengembangkan bakat para peserta dalam dunia fileman secara teknikal, malah memperkukuh kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam usaha melengkapkan jalan cerita melalui perbincangan, penghasilan menuskrip, sinematografi, lakon layar dan pelbagai lagi yang pastinya akan memukau para penonton.

Disertai oleh 21 penerbitan daripada 21 politeknik seluruh negara PSFF2.0 telah membuka penyertaan bermula 9 -18 September 2018. Peserta mula memuatnaik video penyertaan masing-masing seawall 20 Sept – 25 Okt 2018.

psff2018

 

psff2018 01