jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

KPT-PACE merupakan satu inisiatif kerajaan untuk para graduan dan pelajar mempelajari kemahiran baru melalui persijilan professional yang ditawarkan. Secara amnya, program ini menyediakan kursus persijilan percuma yang berharga RM3000 kepada para peserta yang terpilih. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menawarkan dua pilihan Program Penjana iaitu Lean Manufacturing Technician Certification dan Six Sigma DMAIC Green Belt Certification

Program pertama Penjana iaitu Six Sigma DMAIC Green Belt Certification anjuran Politeknik Ibrahim Sultan akan berlangsung mulai  7 Oktober hingga 16 Oktober 2021.

kpt penjana00

Program kedua Penjana iaitu Lean Manufacturing Technician Certification anjuran Politeknik Ibrahim Sultan akan berlangsung mulai 18 hingga 27 Oktober 2021.

kpt penjana

JOM SERTAI PROGRAM P.I.S TRIM & FIT (PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN) DENGAN KOLABORASI BERSAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) UNTUK MECAPAI PENURUNAN BERAT BADAN SELAMA 6 BULAN!!!????????

Objektif program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai risiko obesiti dalam kalangan masyarakat dan memberi pengetahuan serta kemahiran dalam pengurusan berat badan secara sihat dan selamat.
Pelbagai aktiviti yang menarik bakal dijalankan sepanjang 6 bulan seperti:
1. Aktiviti pemakanan sihat di pasaraya
2. Pemantauan kendiri MyNutriDiari
3. Aktiviti mendaki bukit
4. Pertandingan sukan berkumpulan – futsal, fitballrobik
5. Sharing session testimoni yang berjaya
6. Seminar motivasi
Syarat kelayakan:-
1. Indeks Jisim Tubuh mestilah berada dalam kelas ‘berat berlebihan’ dan ‘obesiti kelas 1’
2. Terbuka kepada semua kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan
Penyertaan adalah terhad. Peserta yang terpilih dan memenuhi syarat akan dihubungi.

Untuk penyertaan sila klik link di bawah!!!
https://forms.gle/E9oZZK4Xbh87E72g9

Tarikh tutup untuk mengisi borang adalah pada 01/11/2021 (Isnin).

27 Oktober 2021, Rabu - Majlis Penutup Program Penjana KPT-Pace: Lean Manufacturing Technician Certification di bawah anjuran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK), telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dilaksanakan selama 10 hari telah bermula dari 18 hingga 27 oktober 2021. Seramai 40 orang peserta telah berjaya mengikuti program ini dan telah menerima sijil professional, malahan akan mendapat tempat bekerja yang akan ditawarkan syarikat kepada mereka.

Amat bertuah kepada peserta kerana bukan sahaja bergelar graduan, malahan akan mempunyai sijil profesional yang diiktiraf oleh syarikat luar yang berdaftar, Lean Manufacturing merupakan satu metodologi yang memfokuskan kepada pengurangan pembaziran dalam sistem pembuatan dan pada masa yang samamemaksimumkan produktiviti. Antara kelebihan Lean Manufacturing adalah mengurangkan kos pengoperasian,mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kualiti produk. Pendekatan Lean Manufacturing ini adalah berdasarkan amalan syarikat gergasi automotif iaitu Toyota Production System yang masih diimplementasikan sehingga kini, selain daripada syarikat-syarikat besar yang
lain seperti Intel, Nike, Kimberley-Clark Corporation danFord.

Program ini merupakan di bawah pelan strategik Teras 1 iaitu Menghasilkan Graduan TVET Berkualiti bagi mencapai KPI kebolehpasaran tinggi graduan yang bertujuan memastikan graduan mampu mendapat penempatan pekerjaan sepadan dengan kelayakan mereka. Program ini juga antara inisiatif KPT bagi membantu graduan melalui Program Peningkatan Kemahiran menerusi dana PENJANA dengan meliputi program PENJANA KPT-CAP dan KPT-PACE dengan sasaran graduan IPTA dan IPTS.

Penutupan program telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shahiza binti Ahmad Timbalan Pengarah Unit Pengajian Umum Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti. Turut serta hadir YBrs. Ts. Hj. Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah Akademik PIS, En. Noor Azmi bin Asmawi, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS, Pn. Farahdiba binti Md Said, Ketua Unit CISEC, En. Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusoff, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS, En. Mazlan bin Karim, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PIS, Puan Siti Manisah bt Muhammad, Pengarah Nisa Bumi Resources, selaku Co-Trainer Program, En. Muhammad bin Mustapha Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, merangkap Pengarah Program Pensijilan Profesional, Pn. Suhaila binti Basar Pegawai Pembangunan Kerjaya dan Pn. Anis Mohd Pengurus Program Pensijilan Profesional. Semoga para peserta program dapat manfaat dan mendapat peluang kerjaya yang lebih baik dari kelebihan yang disediakan melalui program ini.

kptpace 01  kptpace 02

 kptpace 04  kptpace 03

kptpace 05  kptpace 06

kptpace 07

Majlis Penutupan disempurnakan oleh YBrs. Ts. Zainab Binti Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Ucapan tahniah dan syabas pelajar PIS, adik Muhammad Waleudin Syafiq bin Sabri kerana telah mendapat Anugerah Persembahan Terbaik dan adik Hanisabirin bin Bahrom mendapat tempat ke-8.

unesco 01

unesco 02

unesco 03

unesco 04