logo5lmn rasmi2020 sirim v3

MyTIGER VALUES ART COMPETITION 2020

SENTUHAN SENI MENJULANG NAMA PIS
09 November 2020. Tahniah kepada Saudara Adam Syamil Bin Azman, pelajar dari Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual Politeknik Ibrahim Sultan kerana telah memenangi tempat Pertama dan menerima hadiah wang tunai bernilai RM6000.00 dalam Pertandingan MyTIGER VALUES ART COMPETITION 2020 bagi kategori Photo Imaging dan karya beliau bertajuk ‘Fire In Our Soul’. Pertandingan ini dibawah anjuran Maybank Foundation dan telah megadakan 3 kategori pertandingan iaitu Photo Imaging, Illustration dan Sequential Art. Pertandingan ini telah disertai seramai 316 peserta dari 68 buah institusi pengajian tinggi Malaysia.

Terdapat 2 peserta pelajar dari JRKV, PIS telah disenarai pendek dalam pertandingan ini iaitu saudara Adam Syamil Bin Azman (09DRG19F1805) dan saudara Aiman Farhan Bin Md. Rani (09DRG19F1804), dimana kedua-duanya daripada Program Rekabentuk Grafik (DRG3B). Kedua-dua pelajar ini dibawah bimbingan En. Muhammad Azmil Bin Abd Aziz, Pensyarah Program Rekabentuk Grafik. Semoga pencapaian mereka berdua menjadi inspirasi pelajar yang lain dalam mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum serta kegiatan luar kuliah.

mytiger01