logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Majlis Sanjungan Budi Tautan Kasih

30 November 2020
Selamat Bersara Pn. Hajah Rashidah Mustapa

Hari ini merupakan hari terakhir Puan Hajah Rashidah binti Mustapa berkhidmat sebagai penjawat awam. Beliau telah berkhidmat selama 2 tahun 4 bulan dan 27 hari (13/07/2018) sebagai pengarah di Politeknik Ibrahim Sultan ini.
Beliau telah memulakan karier sebagai penjawat awam bermula pada tahun 1984 dan sehingga ke tarikh persaraan wajib ini, beliau telah berkhidmat selama 36 tahun.

Hajah Rashidah Mustapa merupakan seorang ketua yang hebat dan berkarisma. Seorang ketua yang sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua. Seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Hajah Rashidah, semoga sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang baik.
Budi mu kami sanjung dan kasih kami tautkan...

pis00 10

pis00 5

pis00 6

pis00 3

pis00 1

pis00 9

pis00 11

pis00 4

pis00 7

 

pis00 2