jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Jutaan terima kasih atas kunjungan TPjR MD SHAH RIZAL BIN ZAINAL, PENGARAH RELA NEGERI JOHOR ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kunjungan Beliau telah disambut oleh Encik Mohamed Rafi bin M S Solaiman, Ketua Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan PIS dan Encik Mohamed Rizuan Bin Mohamed Noah.

Closing Ceremony of ICo-ASCNITech 2022 was officiated by Prof Ir. Dr Md Saidin Wahab, Assistant Vice Chancellor / Chief Digital Officer (Digital & Infrastructure) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Also present at the closing ceremony was Dr. Hidayatul Ihsan representing the Director of Politeknik Negeri Padang and Ts. Haji Hamdan bin Samdin, Deputy Academic Director of Politeknik Ibrahim Sultan.
At this closing ceremony 5 best paper award winners and 5 best presenter award winners were announced.

ahniah dan syabas kepada gabungan kepakaran dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Kolej Komuniti Tanjung Piai dan pelajar dari Politeknik Muadzam Shah (PMS) dalam penyertaan PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI INTERNATIONAL DAN NASIONAL 2022 (PRiIN’22)) yang telah merangkul pingat PERAK melalui penyertaan inovasi yang dipertandingkan iaitu ‘Kit Protokol Pengurusan Majlis’.
Penyertaan bagi produk inovasi ‘Kit Protokol Pengurusan Majlis’ terdiri daripada ahlinya iaitu Encik Abdul Razak bin Salim, PIS, Encik Johaini bin Ibrahim, PIS, Encik Mohd Jeffry bin Zainuddin, KK Tanjung Piai, Encik Amerul hakim bin Saadon, PIS dan Cik Farah Sephia binti Misbah, PMS.
Konvensyen telah diadakan secara dalam talian dan telah di anjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan (JPK), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan yang telahpun diadakan pada 21-22 September 2022 bertujuan untuk mengetengahkan hasil inovasi dan penyelidikan yang dijalanlan oleh para pelajar, para guru dan pensyarah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada staf dalam mencapai kecemerlangan melalui penyelidikan dalam menghasilkan produk inovasi dan juga penambahbaikan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara berterusan.

Taklimat Klik Dengan Bijak telah diadakan di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan sempena Program Haluan Siswa Politeknik Ibrahim Sultan pada 16 Ogos 2022.
Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohd Arif Mohd Nor dari Pejabat MCMC Negeri Johor. Program ini telah dihadiri seramai 500 peserta.
Semoga semua peserta program mendapat manfaat dari taklimat yang disampaikan dan jangan lupa untuk Klik Dengan Bijak

Syabas dan sekalung tahniah buat gabungan idea dan daya kreativiti penyertaan staf dan ALUMNI PIS telah menyandang Naib Juara bagi kategori 'Handicraf'. Penyertaan ini terdiri daripada En. Mohd Izswan bin Mohd Sidik, Pensyarah PIS En. Misbaahussalam bin Zakaria, ALUMNI PIS, dan gabungan serta kerjasama En. Badrul Hisham bin Shaharin, Pensyarah KK Temerloh dan En. Zulhelmy bin Hamdan, wakil industri. Majlis telah disempurnakan oleh SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALAALLAH SULTAN ISKANDAR AL HAJ dengan penyampaian hadiah kepada peserta-peserta pada 4 september 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga pelajar dan staf dalam mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara yang diceburi.