jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

PENCAPAIAN STAF PIS PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI INTERNATIONAL DAN NASIONAL 2022 (PRiIN’22)

ahniah dan syabas kepada gabungan kepakaran dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Kolej Komuniti Tanjung Piai dan pelajar dari Politeknik Muadzam Shah (PMS) dalam penyertaan PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI INTERNATIONAL DAN NASIONAL 2022 (PRiIN’22)) yang telah merangkul pingat PERAK melalui penyertaan inovasi yang dipertandingkan iaitu ‘Kit Protokol Pengurusan Majlis’.
Penyertaan bagi produk inovasi ‘Kit Protokol Pengurusan Majlis’ terdiri daripada ahlinya iaitu Encik Abdul Razak bin Salim, PIS, Encik Johaini bin Ibrahim, PIS, Encik Mohd Jeffry bin Zainuddin, KK Tanjung Piai, Encik Amerul hakim bin Saadon, PIS dan Cik Farah Sephia binti Misbah, PMS.
Konvensyen telah diadakan secara dalam talian dan telah di anjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan (JPK), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan yang telahpun diadakan pada 21-22 September 2022 bertujuan untuk mengetengahkan hasil inovasi dan penyelidikan yang dijalanlan oleh para pelajar, para guru dan pensyarah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada staf dalam mencapai kecemerlangan melalui penyelidikan dalam menghasilkan produk inovasi dan juga penambahbaikan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara berterusan.