jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN STAF DAN ALUMNI PIS DI PIALA SERI ENDON 2022 BATIK COMPETITION

Syabas dan sekalung tahniah buat gabungan idea dan daya kreativiti penyertaan staf dan ALUMNI PIS telah menyandang Naib Juara bagi kategori 'Handicraf'. Penyertaan ini terdiri daripada En. Mohd Izswan bin Mohd Sidik, Pensyarah PIS En. Misbaahussalam bin Zakaria, ALUMNI PIS, dan gabungan serta kerjasama En. Badrul Hisham bin Shaharin, Pensyarah KK Temerloh dan En. Zulhelmy bin Hamdan, wakil industri. Majlis telah disempurnakan oleh SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALAALLAH SULTAN ISKANDAR AL HAJ dengan penyampaian hadiah kepada peserta-peserta pada 4 september 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga pelajar dan staf dalam mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara yang diceburi.