logo5lmn rasmi2020 sirim v2


18 MEI 2020

Sekitar aktiviti pendaftaran dan saringan kesihatan pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan yang akan diterbangkan pulang ke bumi kenyalang.

Seramai 12 orang pelajar akan diterbangkan ke Miri Sarawak manakala seramai 22 orang pelajar akan terbang ke Sibu Sarawak.

Setiap pelajar pelajar ini disaring tahap kesihatan mereka sebelum dihantar berkumpul di pusat pelepasan Zon Selatan yang bertempat di UTM Skudai dan seterusnya akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Para pelajar ini dijadualkan akan diterbangkan ke destinasi masing masing (Sibu dan Miri) sekitar jam sembilan pagi esok. Terpancar riak kegembiraan diwajah anak anak ini apabila mendapat perkhabaran akan pulang hari ini.

Semoga segala urusan serta perjalanan pulang kepangkuan keluarga tercinta dipermudahkan

 

peljr 5

peljr 1

peljr 2

peljr 4

Kami kongsikan persediaan, pendaftaran serta proses-proses yang berlaku pada hari ini di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan bagi penghantaran pelajar pulang peringkat pertama iaitu Zon Selatan ke Zon Selatan. 

Terima kasih pihak PDRM dan agensi-agensi yang terlibat dalam melancarkan proses hari ini.

Setinggi penghargaan kepada semua staf dan warga PIS yang terlibat

persediaan penghntaran 8  persediaan penghntaran 9

 

persediaan penghntaran 4   persediaan penghntaran 7

persediaan penghntaran 1    persediaan penghntaran 3 

persediaan penghntaran 6  persediaan penghntaran 2

 

 

 

pis 1

  pis 2

 

 

 

 

pis 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lagi gambar2 sekitar pergerakan pulang ke kampung pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan bersama IPT lain . Zon Selatan dikumpulkan di UTM sebelum ke destinasi masing-masing.

Terima kasih atas penglibatan dan komitmen semua

utm 1  utm 2

utm 3  utm5

utm6 

 

 

 

 

 

 

 

utm7

   utm 4

Perkongsian,

Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang tempoh PKP fasa 2.

Edaran makanan tengahari dan makan malam kepada lebih 300 pelajar yang menetap di rumah sewa dan tidak dapat pulang ke rumah masing masing.

Para pelajar diminta untuk terus berada di kampus atau rumah sewa masing masing sehingga makluman seterusnya.

Proses pengedaran makanan juga menjadi ruang untuk memantau serta bertanya khabar serta kesihatan kesemua pelajar masih berada di Pasir Gudang.

#StayStrong

#staysafe

pkp pis 2   pkp pis 7 

 

 

 

pkp pis 4  pkp pis 5

pkp pis 6  pkp pis 3

 

 

Kerja-kerja sukarelawan daripada pelajar, pensyarah dan staf Politeknik Ibrahim Sultan dalam penyediaan PPE petugas barisan hadapan.

Terima kasih juga kepada sumbangan material jahitan daripada Koperasi PIS, Puspanita dan orang perseorangan yang bermurah hati menderma.

PPE pis 1

PPE pis 2

                                  PPE pis 5

 

 

PPE pis 8

PPE pis 3

 

 

   PPE pis 15

 

 PPE pis 9

PPE pis 10

PPE pis 11

PPE pis 12

PPE pis 13

PPE pis 14

 

 

9 April 2020 : Sebahagian PPE yang telah siap dijahit diserahkan kepada personel Hospital Kota Tinngi bagi kegunaan kakitangan di hospital tersebut.

ppe 00

ppe 01

12 April 2020 :

Penyerahan beperingkat. Sebanyak 580 pasang PPE GOWN berjaya disiapkan dan diserahkan untuk kegunaan petugas barisan hadapan Hospital Kota Tinggi.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang membantu menyiapkan pakaian tersebut.  Pengembelingan tenaga semua agensi dan jabatan kerajaan amat diperlukan dalam usaha menentang dan memerangi COVID 19.

Tahniah PIS Team

ppe 03

Politeknik Ibrahim Sultan akan memulakan kerjasama dengan Hospital Sultanah Aminah JB dan Hospital Kota Tinggi bagi menghasilkan PPE bagi pegawai KKM yang bertugas di barisan hadapan. Pihak PIS juga telah memerima bahan mentah untuk menghasilkan sut khas tersebut yang dibekalkan daripada kedua dua hospital tersebut.

Beberapa orang pensyarah dan pelajar telah menyatakan kesanggupan mereka menjalankan misi kesukarelawanan ini.  Semoga kakitangan yang bertigas dibarisan hadapan sentiasa dilindungi serta diberikan kekuatan olehNya.

Kami sebagai rakyat Malaysia sedia memberikan bantuan dan sokongan dalam kita semua mendepani cabaran menentang wabak Covid 19 ini.  Ayuh PIS, kita bersama berganding bahu memberikan sumbangan kepada negara.

PPE pis 6

PPE pis 3  PPE pis 1

PPE pis 5

PPE pis 4

PPE pis 6

PPE pis 7