jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Perkhidmatan ICT

ict01

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sangat komited dalam menyediakan kemudahan ict bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pentadbiran dan pembangunan komuniti.  ICT PIS yang diuruskan oleh Unit Teknologi Maklumat (UTM) menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan berkaitan ICT untuk kegunaan warga PIS

INFO ICT


Capaian Internet

ict

Sistem rangkaian kampus PIS menggunakan perkhidmatan Malaysian Research and Education Network (MYREN) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang mana ia menyediakan capaian internet berkelajuan 500Mbps bagi politeknik premier. Penggunaan internet ini adalah tertakluk kepada polisi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan PIS.  Terdapat 2 jenis capaian internet yang disediakan di PIS iaitu wired dan wireless

Wired (berwayar)

Perkhidmatan ini disediakan di dalam makmal-makmal komputer di jabatan dan unit bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Wireless (Tanpa Wayar)

Perkhidmatan wireless ini disediakan secara percuma kepada semua warga PIS.  Kemudahan wireless ini meliputi kawasan bangunan akademik dan kawasan kafeteria di kolej kediaman.  Bagi menggunakan perkhidmatan ini para pelajar mestilah pelajar yang berdaftar di PIS.  Bagi pengguna luar / tetamu hendaklah membuat permohonan kepada UTM bagi menggunakan perkhidmatan ini.

wifi


 Makmal Latihan

ict02

Makmal Kompetensi ICT dan makmal-makmal komputer di jabatan disediakan bagi kegunaan pelajar dan warga PIS dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan pembelajaran teradun. Makmal ini juga dibuka untuk tempahan bagi pihak luar yang berminat untuk menggunakan kemudahan ini bagi tujuan latihan atau kursus.

Untuk tempahan makmal latihan:-

Staff PIS : Sila klik Borang Tempahan Penggunaan Fasiliti ICT (Makmal Kompetensi)
Agensi Luar : Sila Hubungi Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan di talian 07-2612754