logo4lmn rasmiiso1

Pengurusan Psikologi

PERKHIDMATAN

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh UPPsi adalah merangkumi :

1. Merancang dan melaksana program berbentuk pembangunan peribadi atau perkembangan personal, sahsiah dan sosial secara lebih maksimum dan proaktif.
2. Mempromosi / menyebarkan maklumat berkaitan UPPsi kepada pelajar melalui program / aktiviti.
3. Menyediakan jaringan dan perkhidmatan antara UPPsi dengan komuniti luar.
4. Pelaksanaan program pembangunan pembelajaran pelajar seperti seminar atau bengkel berbentuk pembangunan pembelajaran .
5. Merancang dan melaksanakan program berkaitan psikologi dan kaunseling.

 

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

• Kaunseling / Bimbingan Individu
• Kaunseling / Bimbingan Kelompok
• Kaunseling / Bimbingan Kerjaya
• Kaunseling / Bimbingan Keluarga
• Kaunseling / Bimbingan Organisasi
• Pengujian Dan Penaksiran Psikologi
• Ceramah / Bengkel / Seminar Psikologi dan Kerjaya
• Perundingan Dan Konsultasi
• Aplikasi Art Therapy
• Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP)
• AKRAB Siswa Politeknik

 

KLASIFIKASI MASALAH

PSIKOLOGIKAL
• Trauma, Tekanan Emosi, Kebimbingan, Kemurungan, Kesunyian, Insomnia (Sukar Tidur), Simptom Psikosis, Pemakanan, Gender, Kendiri dan sebagainya.

PSIKOSOSIAL
• Akademik / Motivasi, Kerjaya, Tingkah Laku, Perhubungan Rakan, Perhubungan Organisasi, Displin / Tatatertib, Penyalahgunaan Dadah / Arak, Gangguan Seksual, Seksualiti, Percintaan dan sebagainya.

KEKELUARGAAN
• Hubungan Suami Isteri, Keibubapaan, Konsultansi Penyusuan Bayi dan sebagainya.