PERKHIDMATAN
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh UPPsi adalah merangkumi :
1. Merancang dan melaksana program berbentuk pembangunan peribadi atau perkembangan personal, sahsiah dan sosial secara lebih maksimum dan proaktif.
2. Mempromosi / menyebarkan maklumat berkaitan UPPsi kepada pelajar melalui program / aktiviti.
3. Menyediakan jaringan dan perkhidmatan antara UPPsi dengan komuniti luar.
4. Pelaksanaan program pembangunan pembelajaran pelajar seperti seminar atau bengkel berbentuk pembangunan pembelajaran .
5. Merancang dan melaksanakan program berkaitan psikologi dan kaunseling.
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
• Kaunseling / Bimbingan Individu
• Kaunseling / Bimbingan Kelompok
• Kaunseling / Bimbingan Kerjaya
• Kaunseling / Bimbingan Keluarga
• Kaunseling / Bimbingan Organisasi
• Pengujian Dan Penaksiran Psikologi
• Ceramah / Bengkel / Seminar Psikologi dan Kerjaya
• Perundingan Dan Konsultasi
• Aplikasi Art Therapy
• Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP)
• AKRAB Siswa Politeknik
KLASIFIKASI MASALAH
PSIKOLOGIKAL
• Trauma, Tekanan Emosi, Kebimbingan, Kemurungan, Kesunyian, Insomnia (Sukar Tidur), Simptom Psikosis, Pemakanan, Gender, Kendiri dan sebagainya.
PSIKOSOSIAL
• Akademik / Motivasi, Kerjaya, Tingkah Laku, Perhubungan Rakan, Perhubungan Organisasi, Displin / Tatatertib, Penyalahgunaan Dadah / Arak, Gangguan Seksual, Seksualiti, Percintaan dan sebagainya.
KEKELUARGAAN
• Hubungan Suami Isteri, Keibubapaan, Konsultansi Penyusuan Bayi dan sebagainya.
MATLAMAT KAUNSELING
• Membantu klien bertanggungjawab ke atas dirinya.
• Memperbaiki imej diri yang negatif.
• Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.
• Mempermudah atau menggerakkan perubahan tingkah laku.
• Membantu klien menjadi lebih produktif.
• Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman.
• Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan.
• Membantu klien mengurus masalah yang belum selesai dalam hidupnya.
TATACARA RUJUKAN PERKHIDMATAN
• Dirujuk oleh Jabatan / Unit.
• Dirujuk oleh Rakan Sekerja / Rakan Sebaya.
• Dirujuk oleh Ahli Keluarga.
• Sukarela (datang sendiri).
KAEDAH RUJUKAN PERKHIDMATAN
• Surat Rujukan / Memo Merujuk Klien oleh Jabatan dan Unit.
• Telefon.
• E-mel.
• Pemohonan Sukarela secara Walk-In / Temujanji.
• Melalui pihak ke-3 / hadir bersama ahli keluarga, rakan sekerja, dan sebagainya.
KELAB PEMBIMBING RAKAN SISWA POLITEKNIK
Kelab Pembimbing Rakan Siswa PIS ditubuhkan bermula pada tahun 2000 untuk memperkasakan perkhidmatan bimbingan rakan sebaya di politeknik dan turut serta menjayakan aktiviti / program di bawah kendalian UPK samada di Politeknik Ibrahim Sultan mahupun penganjuran bersama agensi luar yang berkaitan. PRS juga dikenali sebagai sebuah entiti bertauliah dan terlatih di dalam bidang fasilitator serta pengurusan perhubungan menolong antara rakan sebaya di PIS. Keahlian PRS adalah terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa di PIS yang dipilih berdasarkan kepada syarat-syarat berikut :
- HPNM 2.8 dan ke atas
- Tiada subjek gagal / mengulang modul / tangguh semester / masalah tingkah laku
- Berpersonaliti baik dan komitmen yang tinggi
- Melepasi tapisan temuduga
WAKTU PERKHIDMATAN
Waktu operasi UPK adalah seperti berikut :
HARI | MASA |
Ahad hingga Rabu | 8.00 pagi – 1.00 tengah hari 2.00 petang – 5.00 petang |
Khamis | 8.00 pagi – 1.00 tengah hari 2.00 petang – 3.30 petang |
Jumaat dan Sabtu / Cuti Umum | TUTUP |
HUBUNGI KAMI
Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan di UPPsi, Pegawai Psikologi sedia membantu anda :
1) PUAN NORFAIRUS BINTI MOHD KHALID
Ketua Unit Pengurusan Psikologi
Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan), Universiti Teknologi Malaysia
Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kaunseling), Universiti Malaysia Sabah
Telefon (P) : 07-2612005
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2) CIK NORASHIKIN BINTI AWANG KECHIK
Pegawai Psikologi
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Universiti Malaya
Telefon (P) : 07-2612005
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3) PUAN MASLINDA BINTI MOHD SAH
Pegawai Psikologi
Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa
Telefon (P) : 07-2612005
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.