jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

VISCOM SILVER merupakan sebuah program yang mempamerkan projek akhir pelajar semester akhir Diploma dan Sijil Kemahiran Politeknik. Julung kalinya, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) dari 5 buah Politeknik iaitu Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Besut Terengganu dan Politeknik METro Tasek Gelugor turut menyertai pameran VISCOM pada kali ini bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun Politeknik Ibrahim Sultan.
Majlis telah dirasmikan oleh Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat, Timbalan Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Program ini mendapat sokongan dengan rakan kolaborasi daripada Toppen Shopping Centre, HMI Group, IKEA, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan MIMOS.
Turut hadir Dr Zamzam bin Mohd Walid, Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Haji Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan.

Pelajar dari Kursus Kokurikulum (MPU 34012: Sukan Permainan Tradisional) yang terdiri daripada pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Pelancongan dan Hospitaliti Semester 2 (BTH 2) telah menganjurkan Karnival Sukan Permainan Tradisional pada 20 Mei 2023 (Sabtu) di Politeknik Ibrahim Sultan.
Karnival ini telah dibimbing oleh Pn. Alyyati binti Mohd Talib selaku Pensyarah Kursus merangkap Pengerusi Karnival Sukan Permainan Tradisional dan dibantu pelaksanaannya oleh Cik Nur Khairunnisa Nadiah Binti Abd.Karim selaku Pengarah Program dan 15 orang pelajar BTH 2 selaku Jawatankuasa Pelaksana Program.
Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai acara pertandingan secara praktikal seperti Chinlone, Batu Seremban, Boling Kelapa, Ceper, Congkak dan Baling Selipar.
Diharap peserta karnival dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang Permainan Tradisional. Selain itu, peserta dapat memperkenalkan dan memperkekalkan Permainan Tradisional seperti sukan sukan lain.
Seterusnya, peserta dapat mencungkil bakat terpendam seseorang individu terhadap Permainan Tradisional. Akhir sekali, peserta dapat mewujudkan hubungan antara 2 institusi iaitu Kolej Komuniti dan Politeknik Ibrahim Sultan.

SESI PENILAIAN DAN PENILAIAN PESERTA WORLDSKILLS ASEAN SINGAPORE 2023 BIDANG GRAPHIC DESIGN TECHNOLOGY
24 Mac 2023 - Sesi Penilaian Dan Penilaian Peserta Worldskills Asean Singapore 2023 Bidang Graphic Design Technology telah berlangsung di Bilik Inovasi, CDeC (Center of Design Creative), Politeknik Ibrahim Malaysia
Ts. Haji Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah Akademik telah meluangkan masa melawat sesi penilaian serta menyampaikan cenderamata kepada Pegawai Pemantau Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia Malaysia, Puan Surina binti Hasan Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pertandingan Skills Malaysia, Puan Mariyam Jameelah binti Bahari Penolong Kanan Pengarah Cawangan Pertandingan Skills Malaysia, Pakar Negara, Encik Azizul bin Mohamad Sam (Thebelanda Kreatif), Encik Suhaimi bin Samsudin (ThreeofUs) dan Team of Expert Hizbullah Bin Kampo Radjo (MIMOS Berhad).
Peserta Negara ialah Saudara Muhammad Rizqin Husnan bin Junan dan Saudari Celeft Ng dari Politeknik Ibrahim Sultan yang dibimbing oleh Jurulatih Negara Puan Nurulkusuma binti Adnan dan Nur Fatin Athirah binti Mohd Narawai, Pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan

29.05.2023 - Telah berlangsung VISCOM SHOW kali ke-36 iaitu pameran projek akhir pelajar program Diploma Rekabentuk Grafik, Diploma Rekabentuk Industri, Diploma Rekabentuk Fesyen & Pakaian, Diploma Animasi Kreatif, Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik dan Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian bagi Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS.
Sebanyak 114 buah booth pameran hasil karya pelajar daripada pelbagai bidang telah dipamerkan. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fairus bin Zainal, Pengarah Kreatif Malaysia Design Development Centre (DDEC). Beliau telah menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang mendapat projek terbaik.
Penganjuran VISCOM Show adalah bermatlamat untuk menghasilkan graduan TVET berkualiti dengan membuat program pembangunan pelajar berciri kepimpinan, sukarelawan dan kerohanian dengan mengetengahkan bidang reka bentuk kreatif, seterusnya menjadi pelantar bagi pelajar-pelajar semester akhir untuk mendapatkan peluang kerjaya sejajar dengan empat lonjakan pertama yang memfokuskan keberhasilan warga pendidikan tinggi.