jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

USAHA MELAHIRKAN PELAJAR HOLISTIK UNTUK MASA DEPAN.

Pelajar dari Kursus Kokurikulum (MPU 34012: Sukan Permainan Tradisional) yang terdiri daripada pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Pelancongan dan Hospitaliti Semester 2 (BTH 2) telah menganjurkan Karnival Sukan Permainan Tradisional pada 20 Mei 2023 (Sabtu) di Politeknik Ibrahim Sultan.
Karnival ini telah dibimbing oleh Pn. Alyyati binti Mohd Talib selaku Pensyarah Kursus merangkap Pengerusi Karnival Sukan Permainan Tradisional dan dibantu pelaksanaannya oleh Cik Nur Khairunnisa Nadiah Binti Abd.Karim selaku Pengarah Program dan 15 orang pelajar BTH 2 selaku Jawatankuasa Pelaksana Program.
Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai acara pertandingan secara praktikal seperti Chinlone, Batu Seremban, Boling Kelapa, Ceper, Congkak dan Baling Selipar.
Diharap peserta karnival dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang Permainan Tradisional. Selain itu, peserta dapat memperkenalkan dan memperkekalkan Permainan Tradisional seperti sukan sukan lain.
Seterusnya, peserta dapat mencungkil bakat terpendam seseorang individu terhadap Permainan Tradisional. Akhir sekali, peserta dapat mewujudkan hubungan antara 2 institusi iaitu Kolej Komuniti dan Politeknik Ibrahim Sultan.