jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

TAHNIAH DAN SYABAS
Sekalung Tahniah diucapkan kepada saudara Johan Firdaus bin Hamzah pelajar Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian, Jabatan Rekabentuk dan komunikasi Visual (JRKV),
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) atas kejayaan beliau menerima Anugerah Rekaan Terbaik dalam Penyertaan Pertunjukkan Fesyen ‘Fashion Day Out’ melalui program Pencarian Dewi Remaja 2022.
Tahniah juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing aktiviti iaitu Puan Qistina Binti Arshad dan Puan rasyidah bt.Sulong, Pensyarah SV Portfolio pelajar, serta Cik Zamila bt.Abu Zainal Pensyarah Projek Akhir pelajar yang membawa kejayaan pelajar ini. Program yang dianjurkan oleh Majalah Dewi Remaja dan rakan strategiknya pada 20 Ogos 2022, pada hari sabtu di GF Central Concourse, Central I-City Mall, Shah Alam, Selangor.
Program ini juga merupakan kerjasama antara Program Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian JRKV,PIS dengan Nu Ideakreatif Sdn. Bhd. dalam memberi ruang dan peluang kepada pelajar yang berbakat pelajar membuat rekaan dan mempamerkan serta diperagakan pakaian mereka melalui pertunjukan fesyen di lapangan sebenar bagi mencapai hasrat PdP luar bilik kuliah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran, berilmu dan bercirikan pelajar yang holistik.
#jrkvpis
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

dr2

dr1 dr3

Gold Awards for Piper Kaduk Sheet di World Invention Creativity Olympic 2022 Korea. Tahniah Cik Hajah Humirah Hamzah, Puan Wan Mahirah bt Wan Ibrahim dan Puan Nor Marlina bt Othman.
Penghasilan produk Piper Kadut Sheet kepada komuniti sebagai produk makanan antioksidan, industri makanan untuk mempelbagaikan pilihan makanan di pasaran dan industri pertanian untuk memaksimumkan penggunaan herba
daun, dikomersialkan dan meningkatkan nilai ekonomi.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor, Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor telah berjaya menganjurkan Program Duta Perpaduan Johor yang terdiri daripada 200 orang anak muda Johor dari kalangan mahasiswa dan belia Johor. Seramai empat orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Wan Muhammad Faiz bin Wan Basri, Lavanya a/p Linggam, Goh Sheng Khai dan Nur Ainaa Najihah binti Mohammad Waffa dilantik sebagai Duta Perpaduan Johor. Sehubungan dengan itu, mereka telah menghadiri Bengkel Pembangunan Modal Insan dan Personaliti yang bertempat di Universiti Teknologi Malaysia pada 5-7 Ogos 2022 dan menerima sijil pelantikan sebagai Duta Perpaduan Johor pada 7 Ogos 2022 di Bangunan Sultan Ismail Nusajaya, Johor. Program ini juga dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Beliau yakin anak muda yang telah diangkat menjadi Duta Perpaduan Johor akan lebih mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum demi masa depan yang lebih cerah untuk negeri Johor.

Battle of The Chef merupakan pertandingan kulinari & gastronomi yang bermula pada tahun 1988. Pada kali ini merupakan edisi ke-18 Battle of the Chefs 2022 telah dan sedang berlangsung bermula pada 5 sehingga 7 Ogos 2022.
Penyertaan melibatkan 1000 orang Chef dari seluruh Malaysia dan juga antarabangsa. Pertandingan masakan ini biasanya diadakan setiap dua tahun sekali, kali terakhir ianya diadakan adalah pada tahun 2018.
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar 2 penyertaan pada BOTC 2022. Pelajar semester 2 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti (BTH) Nur Aleena Natasha Binti 'Al Zahari telah merangkul pingat gangsa pada pertandingan bagi Class M21: Main Course IV (Fish or Seafood).
Manakala seorang lagi pelajar BTH semester 8 Muhammad Waieuddin Syafiq Bin Sabri mendapat Sijil Diploma untuk Class M11: Plated Appetizer. TAHNIAH!

Seluruh warga PIS merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih selama berkhidmat sebagai Pustakawan di Perpustakaan Ilmu Sejagat, PIS.
Selamat bertugas di Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pegawai di Bahagian Komunikasi Korporat.
Seluruh warga PIS mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan tuan di tempat baharu.