jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Program ini diadakan bagi mengeratkan kerjasama dengan pihak media juga berkongsi kejayaan cemerlang pencapaian atlet sukan / jurulatih Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini telah dihadiri Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Encik Ramlee bin Johari, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Johor (RTM), para media RTM, atlet dan jurulatih dan ahli pengurusan PIS.

Majlis Perasmian Serahan Peranti Siswa kepada 1485 mahasiswa Politeknik Ibrahim Sultan. Peranti Siswa telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Terima kasih kerajaan dan KPT.

sisWA1siswa2

siswa3siswa4

Pada 12.10.2022 jam 9 pagi telah berlangsung program Jom Zumba bersempena Hari Sukan Negara anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Ibrahim Sultanbertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ), Politeknik Ibrahim Sultan. Zumba ini dipimpin oleh tenaga pengajar zumba professional iaitu Pn. Mawarni Hamir.
Seramai 41 orang staf dan pelajar wanita PIS mengikuti program ini dengan jayanya. Semoga program ini dapat memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan warga PIS dan menjadi titik tolak kepada amalan sihat sepanjang hayat.

Penyertaan Team Kanu Politeknik ke Ban Canal Karnival 2022 di Sabak Bernam iaitu penyertaan bagi acara kanu TK 1 dan TK 2 lelaki dan wanita bawah 19 tahun. Politeknik mendominasi ke semua acara kanu TK1 dan TK2 lelaki dan wanita yang mana pada acara akhir kesemua atlet yg bertanding pada acara akhir adalah mewakili politeknik .
Bagi acara Traditional Dragon Boat , pasukan campuran Politeknik A dan Politeknik B telah layak ke perlumbaan akhir. Politeknik B telah dinobatkan sebagai Johan dan Politeknik A pula Naib Johan. Manakala bagi kategori Men Open, pasukan Politeknik A berjaya merangkul tempat ke-3.
Pasukan Kanu Politeknik telah berjaya merangkul Juara Keseluruhan Kategori Terbuka pada Ban Canal Karnival 2022. TAHNIAH!!!!!

Pada 14 dan 15 Oktober 2022, program 'Survival Camp' telah dilaksanakan di Hutan Rekreasi UTM Skudai. Program tersebut telah disertai oleh seramai 18 pelajar-pelajar dari Kelab Kembara (Kursus Kokurikukum) dan seorang pensyarah pengiring Pn Alyyati binti Mohd Talib (Ketua Kursus Kokurikukum)
Dalam program ini, pelajar-pelajar telah mempelajari kaedah ikhtiar hidup tanpa sebarang alat komunikasi selama 2 hari 1 malam. Antara pengisian program adalah seperti shelter building, fire making, water filter, snares and trap dan food harvesting.
Diharapkan, pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan tentang asas ikhtiar hidup di hutan seperti mendapatkan sumber makanan, tempat perlindungan dan punca air. Selain itu, pelajar-pelajar ini dapat belajar bagaimana untuk mencipta tempat pelindungan, mengikuti langkah-langkah keselamatan dan bertindak dengan pantas sekiranya berlaku situasi kecemasan semasa di hutan.