jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

PROGRAM JOM ZUMBA BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA

Pada 12.10.2022 jam 9 pagi telah berlangsung program Jom Zumba bersempena Hari Sukan Negara anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Ibrahim Sultanbertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ), Politeknik Ibrahim Sultan. Zumba ini dipimpin oleh tenaga pengajar zumba professional iaitu Pn. Mawarni Hamir.
Seramai 41 orang staf dan pelajar wanita PIS mengikuti program ini dengan jayanya. Semoga program ini dapat memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan warga PIS dan menjadi titik tolak kepada amalan sihat sepanjang hayat.