KM10, Jalan Kong Kong. 81700 Pasir Gudang Johor
07-2612488
07-2612402
pro_pis@pis.edu.my
  ms00 fb  ms00 utube  

jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Terima kasih Majlis Agama Islam Negeri Johor di atas sumbangan berjumlah RM20,000 bagi membantu meringankan beban kos sara hidup pelajar PIS yang terdiri daripada golongan B40 melalui kaedah bantuan yang lebih fleksible dan berfokus.
Majlis serahan wang tunai RM100 seorang kepada 200 orang pelajar yang terpilih telah diadakan di Dewan Kuliah Utama PIS anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Majlis Agama Islam Negeri Johor dan PIS sentiasa prihatin dan mengutamakan dan menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar. Semoga program sebegini dapat membudayakan semangat insaniah, cakna dan prihatin dikalangan warga PIS.

ahniah kepada semua warga PIS di atas pencapaian cemerlang 100% skor pencapaian KPI JPPKK . Pada tahun 2022, PIS juga telah menerima Anugerah POLYCC Cemerlang dan Anugerah Kebolehpasaran Graduan Terbaik.
Semoga 25 tahun PIS pada tahun 2023 ini, kejayaan demi kejayaan terus dicipta dengan semangat one team one dream.......

Johor Baharu, 7 April 2023. Tahniah dan sekalung penghargaan kepada pelajar-pelajar daripada MPU24021 Kelab Kraftangan Tradisional Kumpulan D dibawah Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK, PIS) serta pelajar Diploma Rekabentuk Grafik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) telah bersama-sama berganding bahu menyempurnakan tugasan masing-masing didalam Program Seindah Kasih bersama Media Prima yang telah berlangsung di Rumah Anak Yatim Shafar, JB bermula jam 9.30 pagi hingga 8.30 malam.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan gerak kerja daripada pelajar PIS yang terlibat. Jawatankuasa pelajar Kelab Kraftangan Tradisional menganjurkan aktiviti Anyaman ketupat reben, anyaman kad raya, Doodle Mug, Doodle sampul duit raya, Doodle kad, Quilling, hiasan raya dan sulaman tangan. Elemen anyaman dan corak2 batik telah diadaptasi kedalam item kraf yang dihasilkan. Aktiviti ini telah disertai seramai 70 orang yang terdiri daripada anak yatim shafar, crew skuad seindah kasih media prima, dan anggota 7 kompeni kor polis tentera diraja (7KPTD).
Seterusnya, pelajar Diploma Rekabentuk Grafik semester 4 pula telah berjaya menghasilkan mural seindah kasih dengan bantuan daripada 7 KPTD.
Aktiviti ini dilihat telah dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai dengan kemampuan pelajar-pelajar kita ini. Kerjasama yang telah dijalinkan juga memberi peluang baharu kepada pelajar kepada aktiviti dilapangan selain menjadikan pelajar TVET mempunyai daya saing yang tinggi serta kemampuan bekerjasama dengan pelbagai pihak.

Pertandingan seni dan rekabentuk ini telah dimulakan dari tahun 2018 sebagai sebahagian daripada usaha Maybank untuk menyediakan platform artis-artis muda dalam bidang seni. Tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Photo Imaging, Illustration dan juga Sequential Art. Fokus pertandingan pada kali ini adalah menyokong 12 daripada 17 matlamat United Nations’ Sustainable Development Goals.
Taklimat Mytiger Values Art Competition 2023 disampaikan oleh wakil dari pihak Maybank, Puan Sumiyati Bt Baharuddin. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dari Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual - seramai 234 orang yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.