jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Let’s Talk Heart to Heart” Program Cakna Keselamatan dan Kesihatan Bersama Agensi Penguatkuasa (PDRM, Penjara & AADK) & KKM

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PIS dengan kerjasama agensi penguatkuasa telah mengadakan program tersebut meliputi slot ceramah dari PDRM “Kesedaran Keselamatan & Kesejahteraan Diri”, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Johor “Sayangi Diri, Jauhi Dadah”, Penjara Simpang Renggam “Masih Ada Yang Sayang", booth pameran dari PDRM, AADK, Penjara Simpang Renggam dan program derma darah bersama Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Objektif program adalah untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada pelajar dan komuniti berkenaan hukuman terhadap jenayah dan pelanggaran undang-undang, membina kerjasama yang baik di antara PIS dengan agensi penguatkuasaan undang-undang iaitu PDRM, AADK dan penjara, dan membantu pihak HSA dalam kempen mereka berkenaan kepentingan pendermaan darah.
Semoga program ini memberi kesedaran kepada pelajar terhadap hukuman jenayah dan pelanggaran undang-undang di Malaysia, pihak komuniti mempunyai maklumat berkenaan prosedur untuk menyampaikan sebarang isu jenayah yang melibatkan pelajar PIS kepada pihak yang sepatutnya.
Majlis telah dirasmikan oleh YM Tengku Nadzion Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Turut hadir ASP Rafizah Johari, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Kulai, Puan Andi Anggeriati Andi Asri, Penolong Pegawai Antidadah AADK Daerah Johor Bahru, Encik Mohd Zabri Kamarudin, Pegawai Psikologi Kanan Penjara Simpang Ringgam dan Puan Rohaida Razi, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS.


#politeknikibrahimsultan
#oneteamoredreams

aadk1

aadk2

aadk3