Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) sebagai salah satu sistem sokongan untuk pembangunan pelajar dan staf, di mana UPPsi akan sentiasa bersedia untuk membantu serta membimbing pelajar dan staf menghadapi cabaran hidup yang sentiasa wujud dalam kehidupan seharian. Fungsi dan peranan UPPsi adalah bertanggungjawab kepada 4 aspek utama iaitu Pembangunan, Pencegahan, Pemulihan dan Intervensi di mana ianya berkait rapat dengan kefungsian konsep psikologikal manusia. UPPsi juga berperanan membantu ke arah perkembangan warga kampus yang sejahtera emosi, pemikiran, fizikal, spiritual dan sosial agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik.
VISI
Melahirkan Graduan TVET berkualiti dalam aspek psikologi.
MISI
Menyediakan perkhidmatan pengurusan psikologi berdasarkan Aplikasi Psikologi dalam Pembangunan, Penilaian, Penyelidikan dan Intervensi.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
Fungsi / Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh UPPsi adalah merangkumi :
1. Sesi kaunseling / bimbingan individu.
2. Sesi kaunseling / bimbingan kelompok
3. Tele-kaunseling / e-kaunseling
4. Program Kompetensi dan Pembangunan Diri
5. Ujian Psikologi
6. Terapi Seni
Carta Organisasi
PENYELARAS PSIKOLOGI JABATAN