Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) sebagai salah satu sistem sokongan untuk pembangunan pelajar dan staf, di mana UPPsi akan sentiasa bersedia untuk membantu serta membimbing pelajar dan staf menghadapi cabaran hidup yang sentiasa wujud dalam kehidupan seharian. Fungsi dan peranan UPPsi adalah bertanggungjawab kepada 4 aspek utama iaitu Pembangunan, Pencengahan, Pemulihan dan Intervensi di mana ia berkait rapat dengan kefungsian konsep psikologikal kepada manusia. UPPsi juga berperanan membantu ke arah perkembangan warga kampus yang sejahtera emosi, pemikiran, fizikal, spiritual dan sosial agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik.
VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan politeknik.
MISI
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘madani’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan, beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
- Seterusnya
- Seterusnya >>